Jumaat, 29 Oktober 2010

KHUTBAH JUMA'AT " SALAM TERAKHIR " DAN FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM

Masjid Jami' Sungai Labu, W.P. Labuah

Masjid Jami' Sungai Labu, W.P. Labuan yang yang terletak di pesisir pantai digigi Laut Cina Selatan ( Suatu ketika dulu dikenali sebagai Laut Campa) amat menarik pandangan dan lokasinya. Masjid ini baru siap dibina dengan kos dianggarkan melebihi 2 juta ringgit.

Tajuk khutbah hari ini - Juma'at 29.10.2010 - " Salam Terakhir " disampaikan oleh Ustaz Yusoff 'Uthman

Malam ini masjid menganjurkan Forum Ehwal Islam dengan dibarisi penceramah yang hebat dan berwibawa tinggi, antaranya Al-Fadhil Syeikh Ghazali Saad, Ketua Pengarah JAWI Labuan.

Selasa, 26 Oktober 2010

Kulliyyah Tafsir : Surah Al-Insan

 W.P Labuan, Malaysia

Masjid Jami' Layang-Layangan mencipta satu lagi sejarah dalam bidang Pengajian Islam. Kali ini  masjid menganjurkan Kulliyyah Tafsir Mingguan dengan mengemukakan Ustaz Yusoff 'Uthman sebagai tenaga pembimbingnya. 

Kulliyyah yang disampaikan selepas Solat Ma'ghrib semalam berjaya menarik minat berbagai lapisan masyarakat, kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Tumpuan utama kulliyyah adalah dari Surah Al-Insan.

Pihak pengurusan masjid berharap agar pada Hari Isnin hadapan lebih ramai lagi muslimin dan muslimat dapat berpeluang mengikuti apa yang di Firman Allah dalam Kitab SuciNya


Sabtu, 23 Oktober 2010

Memahami Kalam Allah Perlu Kesungguhan

Ustaz Yusoff 'Uthman , Pengarah Azharul-Ummah dalam kulliyyah Kemahiran Membaca Quran yang di adakan di Wilayah Persekutuan Labuan minggu lepas memberitahu bahawa Syeikh Universiti Azhar, Mesir, Al-Marhum Syeikh  'Abdul Halim Mahmood seringkali mengeluh " Kenapa individu umat  Islam tidak bersungguh-sungguh memahami kata-kata Allah atau Firman Allah dalam QuranNya. Buku-buku karangan manusia kita membaca nya dengan tekun dan teliti tetapi Kitab Suci Karangan Allah kita tidak peduli.

Ustaz Yusoff mengajak hadirin agar berfikir bersungguh-sungguh dan berusaha sedaya mampu untuk cuba meneliti dan memahami Kalam Allah ini sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Keperluan Menjana Pendapatan Tambahan

Ceramah yang disampaikan oleh Puan Bahagia dan Muhammad Taufeeq Rosyid di primis Azharul-Ummah , Labuan memberi kesedaran mendalam kepada peserta betapa pentingnya berusaha menjana pendapatan yang sesuai demi masa depan anak-anak.  Ceramah yang diadakan pada 13.10.2010 terpaksa dilanjutkan pada 14.10.2010 atas permintaan hadirin.

Hari ini Pn Bahagia dan En Muhammad Taufeeq Rosyidi berada di Sabah atas misi yang sama.

Sabtu, 2 Oktober 2010

أزهر الأمة





(Kelas Pengajian Quran Dan Kefahaman Islam)


menawarkan kursus intensif


KEMAHIRAN MEMBACA QURAN


(PROGRAM 30 JAM PENGAJIAN DALAM 15 HARI)


MASA PENGAJIAN KUMPULAN PERTAMA


7.00 MALAM – 9.00 MALAM / 3 KALI SEMINGGU (Isnin, Selasa, Rabu)/ BERMULA AWAL OKTOBER HINGGA AWAL NOVEMBER 2010


BERTEMPAT : DI TAMAN MUTIARA, JALAN SUNGAI BEDAUN, 87000 W.P. LABUAN


SYARAT PENYERTAAN


REMAJA & DEWASA (LELAKI DAN PEREMPUAN) YANG BELUM MAHIR MEMBACA QURAN


SUMBANGAN ILTIZAM PENYERTAAN : RM60.00 (SEKALI SAHAJA)


YURAN PENGAJIAN : RM300.00


( YURAN PENGAJIAN KUMPULAN PERTAMA (OKTOBER 2010) DIKECUALIKAN )


KETERANGAN LANJUT DAN PENDAFTARAN SILA HUBUNGI AZHARUL-UMMAH DI ALAMAT


M51 – 1004, TAMAN MUTIARA, JALAN SUNGAI BEDAUN, (SELEPAS JAM 5.00 PETANG) TEL. 013 8 1010 40

Laman Sesawang Kami : http://pintarsholeh.blogspot.com / Email : azharul_ummah@yahoo.com