Selasa, 14 Disember 2010

PERBANYAKKAN INSTITUSI PENGAJIAN BERASASKAN PONDOK - Speaker Undangan Negeri Pulau Pinang



Mohd Sabri Said
  
PERMATANG PAUH, 13 Dis: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husein mahu para pendakwah di negeri ini terutamanya sebelah pulau membanyakkan institusi pengajian dan pembangunan sekolah berasaskan sistem pondok.
Ini, katanya supaya generasi hari ini diselamatkan daripada terlibat dengan gejala yang membawa kepada kemunduran.
Lagipun, ujarnya kerajaan negeri memberi galakan dan ingin memastikan sistem itu diwarisi dengan cantik kerana sistem pendidikan negara tidak mampu menangani permasalahan moral yang begitu gusar sekarang.
Menurutnya, sejak Pulau Pinang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat bantuan terhadap pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah dikembalikan seperti biasa dan perbincangan boleh dibuat asalkan ada kesungguhan.
"Sekolah berasaskan pondok agak kurang di Pulau Pinang terutamanya di sebelah pulau, maka apa salahnya individu yang berpengalaman dan berkemahiran berbuat demikian untuk mencambahkan keilmuan kepada generasi yang memerlukan, "ujarnya ketika berucap merasmikan buku 'Biografi Tuan Guru Dato' Nik Aziz' di Masjid Batu, kelmarin
Turut hadir dalam pelancaran buku tulisan Profesor Dr Shahrir Mohd Zain itu iqlah penulis Dinsman dan Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang, Anuar Ahmad serta novelis, Azizi Abdullah.
Beliau juga mahukan peningkatan peranan masjid agar lebih ceria dan bertanggungjawab dengan memeriahkan program kepada masyarakat.
Menurutnya, masjid boleh pergi jauh dan bukan sekadar hanya untuk menunaikan sembahyang bahkan boleh menjadi pendidik kepada golongan remaja apabila mengetengahkan pelbagai program keremajaan.
"Kita hendaklah jadikan masjid sebagai ‘kerajaan kecil’ yang mampu mengawal dan mengendalikan masyarakat setempat dengan baik.  Jika kerajaan kecil dapat menyelamatkan masalah masyarakat ia satu penghormatan, " terangnya.
Beliau mengambil contoh Masjid Ban Nua di Hattyai, Thailand yang berperanan serta aktif dengan aktiviti ilmu serta menubuhkan koperasi yang senantiasa berusaha membantu anak kariah.
“Ia begitu cantik dengan infrastruktur dan kemudahan yang serba canggih.  Ketokohan imam yang baik dan jawatankuasa yang bijak mengurus masjid senantiasa menjadi ikon kepada masyarakat," jelasnya.

Isnin, 6 Disember 2010

MEMPERINGATI HIJRAH RASUL S.A.W 1432

Oleh : Yusoff 'Uthman


Sebaik sahaja terbenam matahari 30 Zulhijjah 1431 muncul dan terjelmalah   1 Muharram 1432. Seluruh Negara Malaysia menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini dengan berbagai aturcara mengikut aspirasi penganjur sambutan itu sendiri.

Sambutan tahun baru hijrah ini dipanggil " Ma'al Hijrah " atau dalam Bahasa Melayunya " Bersama Hijrah ". Panggilan ini diperkenalkan oleh Tan Sri Yusof Nor semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Islam )

Sambutan ini dirayakan adalah sebagai tindak balas dari sambutan tahun baru masihi yang disambut secara besar besaran dan dipenuhi dengan acara-acara hiburan dan maksiat pada ketika itu.

Pada pendapat saya,  sambutan ini lebih baik disebut dengan jelas dan penuh namanya " MA'A HIJRATIL-RASUL S.A.W " مـع هـجـرة الـرسـول صلى الله عليه وسلم ( bersama Hijrah Rasul S.A.W  atau " ZIKRA HAJRATIR-RASUL S.A.W 1432 " Memperingati Hajrah Rasul S.A.W ke 1432

Eloklah kita semua tumpukan sambutan Ma'a Hijratir-Rasul S.A.W 1432 ini dengan memfokuskan secara sedar dan bertanggungjawab tentang tujuan sebenar dan tujuan asal penghijrahan Rasul ke Madinah.

Marilah kita semai dan bajai seluruh lapisan ummah tentang Penghijrahan Agung ini. Penghijrahan Mubarak dan Agung ini adalah semata-mata mencari tapak dan sokongan untuk dilaksanakan Syari'at Islam di muka bumi ini. Dengan lain perkataan " Menegakan Kerajaan Islam " 

Namun apa yang berlaku sekarang ialah cubaan menyimpang pandangan dan fikiran umum dari ruh dan semangat Hijrah Rasul ini.

Disana sini kita lihat sambutan ini dianjurkan. Aturcaranya terletak kepada minda dan kefahaman pihak penganjur itu sendiri. Maka dianjurkan Pertandingan atau Persembahan Nasyid sempena Ma'al Hijrah, Pertandingan Silat Sempena Ma'al Hijrah, Persembahan / Pertandingan Marhaban Sempena Ma'al Hijrah, Persembahan / Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Ma'al Hijrah, Perarakan Sempena Ma'al Hijrah, dll.

Rakyat awam yang terdiri dari seluruh lapisan masyarakat, kanak-kanaknya, remajanya, dewasanya terus tertanam dilubuk hati dan minda mereka dengan upacara dan acara-acara itu. Inilah sebenarnya sambutan Ma'al Hijrah pada mereka.

Lantaran ini, bila ada mana-mana individu atau organisasi yang bangun dan berjuang untuk Melaksanakan Semula Pemerintahan  Berpaksikan Syari'ah Islamiyyah Berpandukan Quran, Hadith, Ijma' dan Qias di muka bumi ini maka orang yang sama bergembira dan beriangria menyambut Ma'al Hijrah itu juga yang berada dibarisan hadapan, tengah dan belakang menetang habis-habisan usaha murni ini.

Diharap kepada semua penganut Islam dimana sahaja berada, marilah kita dalami dan hayati betul-betul dan terperinci selok belok dan susur galur Penghijrahan Rasullah Yang Agung ini.

Penghijrahan ini tidak berlaku andaikata tidak ada arahan untuk mengajak manusia (Makkah) mentauhidkan Allah.

Penghijrahan ini tidak berlaku andaikata penduduk terbanyak Makkah tidak bersikap biadap dan kurang ajar terhadap Ajaran Allah dan RasulNya .

Penghijrahan ini tidak berlaku andaikata sokongan rakan seIMAN dan rakan SETIA KAWAN tidak diperlukan. 


Penghijrahan ini tidak berlaku andaikata Rahmat dan Keadilan untuk manusia sejagat boleh ditegakkan tanpa Memegang Teraju Pemerintahan Negara.

Katakunci dari Pengutusan Rasul adalah untuk RAHMAT SEJAGAT.
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لَلْعَالَمِينَ  : Tidak KAMI (ALLAH) utuskan kamu (Wahai Muhammad ) malainkan untuk memberi Rahmat Keseluruh 'Alam "

Tidak mungkin Rahmat Agung dan Menyeluruh ini dapat dirasai dan dinikmati oleh 'alam sejagat - termasuk haiwan, jin dan tumbuh-tumbuhan - kecuali ada kuasa atau memiliki kerajaan.

Tidak mungkin terbentuk kerajaan yang diimpikan tanpa kekuatan dan sokongan.

Sudah terserlah - sepanjang 13 tahun berjuang - sokongan padu  dari etnik sendiri gagal diperolehi, malah tentangan hebat, ganas dan biadap dari mereka terpaksa dihadapi saban hari, maka sokongan etnik lain perlu dicari. Wakil etnik itu telah menghulurkan tangan sokongan dan persahabatan. Wakil etnik baru itu sudah berSYAHADAH dengan setulus hati mereka. 

Bagus dan elokkah peluang keemasan itu hendak dibiar lusuh,luluh dan terkubur tanpa batu nisan ? !

Demi Rahmatan Lil 'Alamin inilah Rasul kita berhijrah. Berhijrah bersama Ole-Ole 'Aqidah Ilahiyyah  yang Menghasilkan SYURGA kepada sesiapa sahaja yang sudi menerimanya dengan sepenuh hati.