Ahad, 2 September 2012

14 Syawwal 1433

Menghadiri Majlis Rumah Terbuka

Pelajar-pelajar lelaki Ma'hadul-Azhar dengan diiringi oleh Cikgu Haji Jasni Saad menghadiri Jamuan Rumah Terbuka anjuran Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) Parlimen Tasek Gelugur di Dewan JKKK Simpang Empat Permatang Buluh, Kepala Batas, Pulau Pinang petang tadi.

Pengerusi Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff  'Uthman mengucapkan terima kasih dan penghargaan tinggi kepada pihak penganjur atas kesudian menjemput warga Ma'hadul-Azhar kemajlis yang meriahdan bererti ini.

Menerima Kunjungan Bekas Pelajar Ma'hadul-Azhar

14 Syawwal 1433

Ma'hadul-Azhar terus menerima kunjungan bekas pelajaranya  Kali ini Saudara Fadli Abu Hassan dan isterinya Ustazah Mahya serta kakak dan anak saudara sebelah isterinya.

Ustaz Fadli bertugas di Pejabat Parti Islam Malaysia (PAS) Perlis manakala isterinya bertugas sebagai Guru J-Qaf di salah sebuah sekolah kebangsaan

Kunjungan mereka disambut oleh Pengetua Ma'hadul-Azhar Ustazah Nuur 'Ain Yusoff

KULLIYYAH KEFAHAMAN AL-QURAN - SURAH YASIN

14 Syawwal 1433

Kulliyyah Kefahaman Al-Quran anjuran Ma'hadul-Azhar ( Sekolah Kefahaman Al-Quran Dan Al-Hadith ) Pokok Sena, 13200 Pulau Pinang pada hari ini berjalan dengan baik dan lancar. Kehadiran peserta baru terus meningkat.

Kulliyah yang disampaikan oleh Ustaz Yusoff 'Uthman pada hari ini tertumpu kepada surah Yasin.

Sabtu, 1 September 2012

MELAWAT MA'HAD AS-SHOLIHAH

Khamis 29 Ogos 2012

Mudir dan juga Pengerusi Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman dan Isteri Puan Fauziyyah Omar di iringi oleh Pelajar Ma'hadul-Azhar Cik Nurul-Husna meluangkan masa menziarahi Ma'had As-Sholihah, Kuala Kangkong, Kedah Darul Aman.

Sekolah yang di asaskan oleh Ustaz Fauzi ini amat pesat berkembang maju. Apa yang mengkagumkan  ialah sekolah yang berorientasikan Hafazhan Al-Quran ini dikendalikan oleh Ustaz Fauzi suami isteri dan dibantu  sepenuhnya oleh anak-anak mereka sendiri.

Tenaga utama pengajian diterajui oleh anak sulung mereka Ustazah Cik Nur Syahidah yang berkelulusan dari salah sebuah pusat pengajian tinggi di Indonesia.

 " Sebahagian pendekatan pengajian dan pembelajaran ma'had ini kami ikut cara Ma'hadul-Azhar " Jelas Ustazah Cik Nur Syahidah yang pernah belajar di Ma'hadul-Azhar suatu ketika dulu.

Ustaz Yusoff 'Uthman dan Puan Fauziyyah amat bangga dan terharu dengan kehebatan dan ketrampilan bekas pelajar yang pernah menerima asuhan dan didikan Ma'hadul-Azhar .

Ustaz Yusoff dan Puan Fauziyyah berharap dan berdoa agar Allah memperjuduhkan Cik Nur Syahidah dengan jejaka sholeh, berilmu dan berketrampilan yang mampu turut serta memacu institusi pendikan hebat ini menuju kecemerlangan




Menziarah Kematian Ibu Mertua Bekas Pelajar Ma'hadul-Azhar

Mudir Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman dan isteri Puan Fauziyyah Omar dan Pelajar Ma'hadul-Azhar Cik Nurul-Husna menziarahi ibu mertua bekas pelajar Ma'hadul-Azhar Puan 'Azima Binti Abu Hassan yang kembali ke Rahmatul-Lah pada Selasa ( 29/8 ) lepas.

Sembahyang Jenazah diimamkan oleh Yang Berhormat Ustaz Hashim Jasin Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Perlis dan kembumikan di Perquburan Islam Kampong Rama, Sanglang, Perlis.

Dua hari sebelumnya Ustaz Yusoff dan Puan Fauziyyah menziarahi kematian En Ramli Kasa di Batu 4, Jalan Sanglang, Kodiang, Kedah. Diman keluarga sebelah isteri al-Marhum terlibat memberi sumbangan kepada Ustaz Yusoff semasa awal pengajiannya.

Didoakan agar al-Marhum dan al-Marhumah ini mendapat tempat yang indah di sisi Allah... Al-Fatihah

Kulliyyah Kefahaman Al-Quran Disambung Semula

Kulliyah Kefahaman Al-Quran di bawah bimbingan Ustaz Yusoff  'Uthman akan disambung semula pada Hari Ahad ini ( 15 Syawal 1433 / 2 September 2012 )

Program Pengajian Kefahaman Al-Quran yang bermula pada awal Ramadhan yang lalu di tangguh sementara bersempena Hariraya 'Aidul-Fitri Al-Mubarak.

Kulliyyah dua hari seminggu ini ( Ahad & Isnin , Jam 9.00 - 10.30 pagi ) terbuka kepada seluruh muslimin muslimat tanpa dikenakan apa-apa bayaran.
 

LAWATAN SINGKAT KE SELATAN THAILAND

Mudir Ma'hadul-Azhar ( Sekolah Kefahaman al-Quran dan Al-Hadith ) Ustaz Yusoff 'Uthman berkunjung ke Selatan Thailand pada tanggal 28 Ogos 2012 yang lepas dalam program mengenali lebih dekat tokoh-tokoh ilmuan di sekitar Satun. 

Ustaz Yusoff  juga mengambil kesempatan mengkaji proses pernikahan warga Malaysia yang menerima khidmat juru nikah negara jiran.





Kunjungan Bekas Pelajar Darul-Azhar Ke Ma'hadul-Azhar



Puan Azlizan, suami dan empat anak perempuan serta adiknya sekeluarga berkunjung ke Ma'hadul-Azhar pada tanggal 05 Syawal 1433 yang lalu.

Puan Azlizan adalah bekas pelajar Darul-Quran dan pernah menerima bantuan Zakat Selangor sebanyak RM4,500.00 setahun semasa belajar di Darul-Azhar, Pulau Pinang  sekitar awal sembilan puluhan dulu berjaya menyambung pelajaran ke Universiti ( Tahun Akhir ) hasil Kerjasama Pintar Darul-Azhar dengan Al-Ma'had al-'Aliy Liddrasatil-Islamiyyah Wal 'Arabiyyah (MADIWA) Masjid Tinggi , Perak.

Ustaz Yusoff 'Uthman dan Puan Fauziyyah Omar (Mak Njang Fauziyyah) selaku pengasas bersama Darul-Azhar amat berbesar hati dengan kunjungan yang tidak diduga ini.

Bekas-bekas Pelajar Darul-Azhar, Bandar Perda, Bukit Mertajam yang ingan menziarahi Ustaz Yusoff dan Puan Fauziyyah bolehlah datang ke 

MA'HADUL-AZHAR
( Sekolah Kefahaman Al-Quran Dan Al-Hadith ) 
Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, 
Semenanjung Tanah Melayu Malaysia
Tel :  013 8 1010 40