Khamis, 29 Disember 2011





MA’HADUL-AZHAR
( INSTITUT KEFAHAMAN AL- QURAN & PENGAJIAN ISLAM )

Pokok Sena, 13220 Kepala Batas,
Pulau Pinang,Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia

Tel :  013 8101040  Faks:  04 3515062
Facebook : Ma’hadul Azhar  , Email :mahadulazhar@yahoo.com

SINARAN
MA’HADUL-AZHAR
OLEH
ROHIDZIR RAIS
Seperti Tersiar Dalam Majlah ANIS Bilangan 168 Ogos 2011)

            Kali pertama bertemu dengan Ustaz Yusoff ‘Uthman,56, adalah ketika saya berada di tingkatan enam rendah di Sekolah Menengah Dato’ Haji Abdul Qadir, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau yang menjadi guru di situ mengambil peluang bertemu setiap kali kelas kami ketiadaan guru. Beliau tidak mengajar, sebaliknya hanya bercakap dan berbual-bual.
                Berbicara mengenai keadaan dunia dan tokoh-tokoh hebat tanah air seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ustaz Zulkifli Mohamed. Sesekali dia mengeluarkan sapu tangan daripada sakunya dan menyapu air mata ketika menceritakan detik-detik tragis tokoh-tokoh ini. Tuturnya petah, susunan katanya mempesonakan, dan fakta-fakta yang diceritakan tidak ada di dalam silibus pelajaran kami.
                Tidak cukup dengan itu, Ustaz Yusoff menawarkan kami untuk mengikuti kelas pantas membaca al-Quran berdasarkan sistem Iqra’. Sudah tentu saya menjadi orang pertama yang bersetuju menyertainya dan diikuti rakan-rakan yang lain. Masakan tidak, selama lebih tiga tahun saya memohon doa agar Allah berikan peluang kepada saya untuk membaca al-Quran,kalamNya yang agung.
                Selepas dua minggu kursus intensif membaca al-Quran ini selesai, saya kecewa kerana masih belum dapat membaca al-Quran dengan baik. Walaupun berjaya menamatkan enam jilid dalam masa 30 jam, namun bacaan saya belum lancar dan sempurna seperti yang diharapkan. Saya menitiskan air mata sendirian di dalam surau sekolah itu.
                Menyedari kekecewaan saya, pada akhir program itu, Ustaz Yusoff mempelawa siapa sahaja yang berminat mempelajari al-Quran untuk mendalami ilmu ke sekolah beliau,      Ma’hadul-Azhar. Itulah titik pertemuan saya dengan sebuah institut pengajian Islam yang hebat dan membuka pintu untuk saya memahami ajaran Islam dengan lebih luas.

TERAJU BERSAMA
            Ma’hadul-Azhar beroperasi di Bangunan 1744, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Bangunan utamanya adalah milik Ustaz Yusoff sendiri dan isterinya, Puan Fauziyyah Omar, 53 tahun. Ia terletak di atas tanah Lot 2071, Mukim 11, SPU yang milik asalnya adalah kepunyaan Tuan Haji Omar Abdullah, bapa mertua beliau. Sekarang tanah dan bangunan ini adalah milik Ma’hadul-Azhar sepenuhnya.
                Ini merupakan aspek menarik mengenai pasangan Ustaz Yusoff dan Puan Fauziyyah yang saya kenali kerana kedua-dua mereka menjadi peneraju bersama mengusahakan Institut ini. Malah keluarga kedua-dua belah keluarga juga memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan kepda mereka berdua dalam membangunkan institusi ini.
                Ustaz Yusoff  mempunyai kelulusan agama Islam dari pelbagai institusi terkenal di dalam dan di luar negara seperti Universiti al-Azhar, Universiti ‘Ain Syams, Universiti Darul-‘Uloom, Deoband, Universiti Lucknow, Darul –‘Uloom Linadwatil ‘Ulamak, Madrasah ‘Arabiah Karachi dan Jamaliah ‘Arabic College Madras, selain Pondok Penanti Pulau Pinang dan Pondok Keplu Kodiang, Kedah.
                Berdasarkan pengalamannya belajar di institusi-institusi hebat bersama guru-guru yang mursyid inilah, beliau bertekad mengasaskan Ma’hadul-Azhar semata-mata bagi memberikan pendidikan bermutu kepada anak bangsa.

GANDINGAN SUAMI ISTERI
                Keserasian gandingan Ustaz Yusoff  ‘Uthman dan Puan Fauziyyah Omar yang dikurniankan lima orang anak dan empat cucu ini dapat dilihat sejak awal penubuhan institut ini. Apabila Ustaz Yusoff menawarkan pengalaman dan ilmunya dalam bidang syariah, Puan Fauziyyah pula menawarkan bantuan kewangan dan khidmat nasihat pengurusan. Ketika Ustaz Yusoff mengajar al-Quran, hadis dan Bahasa ‘Arab, Puan Fauziyyah pula mengajar Bahasa Inggeris.
                Malah, sepanjang pengajian penulis di Ma’hadul-Azhar ini, rumah penginapan Ustaz Yusoff dan Puan Fauziyyah terletak di dalam kawasan sekolah ini. Tidak hairanlah para pelajar sangat mesra dengan Puan Fauziyyah yang digelar Mak Njang. Ibu Ustaz Yusoff iaitu Hajah Sofiyyah pula mesra dengan panggilan Tok. Keluarga berkat inilah yang bersama dengan pelajar-pelajar Ma’hadul-Azhar dalam keadaa senang dan susah.

KENDONG KITAB BESAR
Keunikan institut ini adalah kerana pelajar-pelajarnya tidak dikelaskan berdasarkan umur, sebaliknya mengikut kemampuan belajar. Sungguh menakjubkan melihat anak-anak seusia 10 atau 12 tahun mengendong kitab-kitab Arab yang besar dan belajar di dalam kelas seperti orang dewasa.
Apakah sistem pendidikan yang digunakan sehingga Ma’hadul-Azhar berjaya melahirkan pelajar-pelajar sehebat ini? Begitulah takjubnya saya lalu kekaguman ini saya terjemahkan dengan menyertai institut hebat ini di bawah bimbingan Ustaz Yusoff ‘Uthman.
Kini selepas 23 tahun penubuhan Ma’hadul Azhar, Ustaz Yusoff dan Puan Fauziyyah boleh berbangga dengan kejayaan institut ini. Ia bukan hanya sekolah tahfiz al-Quran pertama di Pulau Pinang, tetapi pelajar-pelajarnya juga berjaya diterima masuk di Universiti Al-Azhar ,Mesir dalam usia yang muda. Malah dua orang anak mereka yang baru berusia 14 tahun sementara pelajar yang lain sekitar 15,16 dan 17 tahun ketika memulakan pengajian ke universiti tertua di dunia ini. Kira-kira 70 daripada 200 lepasan institut ini berjaya ke Universiti al-Azhar. Sementara pelajar-pelajar yang lain menyambung pelajaran di institusi pengajian tempatan atau memulakan kerjaya dalam pelbagai lapangan.
Penulis yang berpeluang belajar menggunakan sistem pantas Ma’hadul-Azhar ini dapat merasai keberkesanan sistem ini apabila lulus dalam peperiksaan empat sanawi walaupun baru dua tahun belajar Bahasa ‘Arab. Seterusnya menyambung pelajaran ke Universitit Al-Azhar dalam bidang  syari’ah.
Walaupun belajar dalam bidang agama, lepasan Ma’hadul-Azhar menceburi pelbagai bidang profesion seperti penulis,penterjemah,pensyarah universiti hingha menjadi Timbalan Dekan dan Dekan, pengusaha pusat pengajian sendiri, syarikat pelancongan, menjadi chef di hotel terkemuka, terlibat dalam industri permotoran dan perniagaan. Mereka juga menjadi guru-guru Pendidikan Islam, Jawi dan Bahasa ‘Arab di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kepelbagaian kerjaya lepasan Ma’hadul-Azhar ini tidak menghairankan kerana sepanjang pengamatan penulis sendiri, Ustaz Yusoff sentiasa menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk mahir dalam pelbagai bidang. Nasihat beliau, apa sahaja bidang yang diceburi oleh anak-anak Ma’hadul-Azhar, mereka mestilah patuh dengan syari’at Allah.

PENGAJIAN MEMAHAMI AL-QURAN
Selepas menempa kejayaan demi kejayaan, Ma’hadul-Azhar yang diasaskan pada Mac 1988 bersamaan 1408 H, kini merintis program pengajian ke arah memahami al-Quran berdasarkan topik bagi sesi pengajian Mei 2011 dan 2012.
Silibus yang digunakan dalam pengajian memahami al-Quran ini merangkumi tiga asas utama yang berjalan serentak:
Asas 1: Saringan Ayat Berdasarkan Topik
Asas 2: Menghafaz Dan Memahami Surah-Surah Pilihan
Asas 3: Menghafaz dan Memahami Setiap Ayat di dalam al-Quran
Dalam subjek memahami al-Quran berdasarkan ayat yang disaring berdasarkan topik, setiap pelajar wajib mengikuti 10 langkah berikut:
Ø  Menentukan topik atau surah yang hendak dipelajari
Ø  Membetul dan memperelok bacaan ayat yang dipelajari
Ø  Memahami dan menghafaz makna perkataan bagi ayat yang dipelajari
Ø  Memahami  dan menghafaz makna perkataan bagi ayat yang dipelajari berpandukan buku Syamail al-Quran
Ø  Memahami kehendak dan maksud ayat berpandukan Tafsir ‘Abrul-Athir, Tafsir Azhar dan lain-lain
Ø  Menghafaz ayat al-Quran berdasarkan topik yang dipelajari
Ø  Memperdengarkan hafalan ayat kepada guru pembimbing secara berterusan mengikut sistem hafalan
Ø  Memperdengarkan terjemahan makna ayat kepada guru pembimbing secara berterusan seperti sistem hafalan
Ø  Menerangkan tafsiran ayat yang dikaji di hadapan khalayak, sama ada rakan-rakan sekelas atau jemputan khas
Ø  Menduduki ujian bertulis bagi setiap topik  yang dipelajari
Ø  Menganugerahkan Sijil Khas kepada pelajar yang berjaya

Bagi asas kedua dan ketiga, pelajar diwajibkan menghafaz dan memahami surah-surah terpilih dan memahami makna setiap perkataan dari awal al-Quran hingga habis. Mereka tidak diwajibkan menghafaz 30 juzuk al-Quran tetapi sesiapa yang berkemampuan ke arah itu, pihak sekolah akan membimbing mereka.

Program pengajian ini dibuka kepada pelajar berumur sepuluh tahun ke atas, remaja dan orang dewasa. Sementara jadual pengajiannya pula disusun secara fleksibel bagi keselesaan pelajar. Mereka boleh memilih pengajian sepenuh masa atau separuh masa.
Menurut beliau, pada awalnya institut ini membuka peluang kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Namun permintaan dan minat golongan dewasa bagi mengikuti program ini menyebabkan pihak institut akur dengan kehendak mereka. Menarik mengenai program ini, yuran pengajian atau disebut sebagai sumbangan komitmen (infaq iltizamiy) yang dikenakan kepada pelajar hanya RM50.00 sebulan bagi yang berkemampuan.
Sedangkan kos yang diperlukan bagi menampung pengajian pelajar-pelajar ini tentulah lebih besar. Oleh itu bagi membiayai 30 orang pelajar sahaja, kira-kira RM36000.00 sebulan diperlukan. Baki yuran pengajian setiap pelajar sebenarnya ditanggung oleh ma’hadul-Azhar melalui sumbangan dermawan. Justeru itu, Ma’hadul-Azhar sejak penubuhannya mengamalkan sistem paduan kasih di antara ibu bapa yang gigih,pelajar yang cekal dan penyumbang budiman serta guru yang mursyid. Hanya melalui sistem ini,semua orang berpeluang untuk memahami al-Quran dan menyumbang di jalan Allah.

Sebagai anak didik yang pernah merasai asuhan di bawah sistem pengajian al-Quran di Ma’hadul-Azhar, saya menyeru ibu bapa untuk merebut peluang menjadikan permata hati anda sekalian sebagai insan yang memahami kalam Tuhan. Hanya generasi al-Quran dapat menangani kemelut yang melanda ummah hari ini. Bagi para dermawan yang tidak berpeluang mengikuti pengajian ini boleh turut serta menyumbang dalam usaha memandaikan anak bangsa demi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ma’hadul-Azhar (Institut Kefahaman Al-Quran & Pengajian Islam)  kini membuka pendaftarannya bagi pengambilan sesi 2012 . Maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Yusoff ‘Uthman  di talian 013-8101040/ faks 04-3515062 atau layari laman sesawang : http://azhar-ummah.blogspot.com atau e-mel kepada mahadulazhar@yahoo.com.

Ma’hadul-Azhar mengalu-alukan sumbangan dalam bentul zakat, sedekah, waqaf, fidyah dan infaq bagi membiayai pendidikan al-Quran ini.

Bank Muamalat: Ma'hadul Azhar       0701-0001554-71-1
Bank Islam:          Ma'hadul-Azhar     07016010024844

Selain sumbangan kewangan, ma’hadul-Azhar juga memerlukan peralatan berikut: komputer, al-Quran, buku-buku, penyaman udara, van dan bangunan khas untuk suarau, perpustakaan dan makmal komputer untuk kemudahan pelajar.


Rabu, 5 Oktober 2011

TAWARAN KURUS SOLAT & KEMAHIRAN BAHASA 'ARAB

PELUANG indah UNTUK PERMATA HATI TERCINTA
DI MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN HUJUNG TAHUN 2011

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DAN BAHASA PINTAR SHOLEH PG0185165-D
1138, Taman Bintang, Padang Benggali, Teluk Air Tawar, 13050 Butterworth, Pulau Pinang
Tel. 013 8101040  Laman Sesawang : http://pintarsholeh.blogspot.com
Dengan Kerjasama
MA'HADUL-AZHAR
(Institut Memahami Dan Menghafaz Quran & Pengajian Islam)
Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang, Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia 
Laman Sesawang : http://azhar-ummah.blogspot.com 

MENAWARKAN KURSUS INTENSIF DAN MOTIVASI KECEMERLANGAN
KE ARAH
JATI DIRI DAN KEUNGGULAN SAHSIAH


Bil
Kemahiran 
Jumlah Jam
Belajar
Tarikh Kursus
Jumlah
Hari Belajar
Yuran Penyertaan
RM













1

Kemahiran Menunaikan
Solat Fardhu & Sunat
&
Motivasi Kecemerlangan Diri dan Latihan Ketrampilan Diri
Kelayakan Peserta :
Berumur 9 tahun ke atas

50

06 -14 December 2011

9

500.00

2

Kemahiran Asas
Bahasa ‘Arab
 &
Motivasi Kecemerlangan Diri dan Ketrampilan Peribadi
Kelayakan Peserta :
Berusia 12 tahun ke atas
dan
belajar Bahasa 'Arab disekolah harian biasa atau disekolah aliran agama (Islam)

50

18 – 25 December  2011

9

500.0
bayaran di atas termasuk nota, minuman ringan pagi & petang danmakan tengahari
INGATAN PENTING
YURAN INI BOLEH DIJELASKAN SECARA ANSURAN SELAMA 5 BULAN
( penginapan dan makanan malam disediakan berdasarkan permintaan )

 
masa belajar : 8.30 pagi hingga 4.30 petang

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA …. SILA BUAT PENDAFTARAN SEGERA

                                                                                                                                   Lokasi Kursus
                         
                       MA'HADUL-AZHAR
                   ( Institut Memahami Dan Menghafaz Al-Quran & Pengajian Islam)
     Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang, Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia

REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI DENGAN MENGHUBUNGI
PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN & BAHASA PINTAR SHOLEH
DI TALIAN : 013 8101040

Isnin, 5 September 2011

Isnin 7 Syawal 1432

LAGENDA KEPERWIRAAN PERLU DITERUSKAN


                 MA’HADUL-AZHAR مـعـهـد الأزهـــر

(معـهـد تـفـهـيم وتـحـفـيـظ القـرءان والدراسـات الإسلامية)
( INSTITUT MEMAHAMI DAN MENGHAFAZ QURAN & PENGAJIAN ISLAM )
Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia
Tel :  013 8101040  Faks:  04 3515062  Laman Sesawang : http://azhar-ummah.blogspot.com 
Facebook : Ma’hadul Azhar  , Email : mahadulazhar@yahoo.com

KEM 
PADUAN KASIH DAN KETERAMPILAN DIRI
PERMATA HATI
 PUTERA PUTERI MA’HADUL-AZHAR, DARUL-AZHAR DAN MA’HAD MELAYU AL-ISLAMIY

BERTARIKH

Sabtu  26 November  –  Sabtu 03 December 2011  ( 8 hari )

Bertempat Di

MA’HADUL-AZHAR
(Institut Memahami dan Menghafaz al-Quran & Pengajian Islam)
Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tanpa Bayaran Yuran Penyertaan

Kelayakan Utama

Ø Berumur 7 Tahun Ke atas
Ø Sihat Tubuh Badan
Ø Ibu dan Bapa atau Ibu atau Bapa Pernah Menjadi AJK atau 
Belajar atau Mengajar di
Ma’hadul-Azhar @ di Darul-Azhar @ di Ma’had Melayu Al-Islamiy

Juru Bimbing Utama

Tokoh-Tokoh Hebat Lepasan 
Ma’hadul-Azhar, Darul-Azhar dan Ma’had Melayu Al-Islamiy
Yang Ingin Menabur Bakti Kepada Permata Hati Rakan-Rakan
Demi Penerusan Lagenda Pendidikan
PANTAS  UNGGUL  SELESA