Selasa, 21 Ogos 2012

Rumah Terbuka Di Kediaman Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammad Sabu

02 Syawal 1433 / 20 Ogos 2012

Mudir Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman meluangkan masa menghadhiri Majlis Terbuka 'Aidul-Fitri Tuan Haji Muhammad Sabu yang juga Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) di kediamannya di Guar Petai, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Kunjungan Bekas Pelajar Anis Sofiyyah dan keluarga

02 Syawal 1433

Ma'hadul-Azhar menerima kunjungan Saudari Anis Sofiyyah, bekas pelajar Ma'hadul-Azhar dan bapanya Cikgu Yusri, ibunya Nurul-Jannah serta abang dan adik-adiknya bersempena 'Aidul-Fitri al-Mubarak.

Kedatangan mereka disambut oleh Mudir Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman
 

Sumbangan Kitab TAFSIR AYAT AHKAM

MA'HADUL-AZHAR ( Sekolah Tahfiz Dan Kefahaman Al-Quran ) Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia rasa amat bertuah kerana menerima sumbangan Kitab Tafsir Ayat Ahkam dari para penyumbang di Lembah Klang.

Sumbangan ini adalah atas usaha dan anisiatif Yang Berbahagia Ustaz Rohidzir Rais. 

Sumbangan ini tepat pada masanya kerana pihak Ma'hadul-Azhar akan memulakan pengajian berpandukan kitab Ayat-Ayat Ahkam ini sebaik sahaja memulakan pengajian selepas cuti 'Ramadhan dan 'Aidul-Fitri 1433 ini.

Ustaz Rohidzir Rais yang juga seorang pengarang, penterjemah, penerbit dan tetamu program Tanyalah Ustaz di TV9 banyak berusha membantu menjayakan program pendidikan berteraskan Kefahaman Al-Quran anjuran Ma'hadul-Azhar. 

Mudir Ma'hadul-Azhar Al-Fadhil Ustaz Yusoff 'Uthman mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan yang berharga ini dan diharap para pelajar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.

Menaik Taraf Bilik Air

Pelajar Perempuan Ma'hadul-Azhar akan menikmati suasana tempat berwudhuk dan bilik air yang selesa dan indah bila bermula pengajian selepas cuti raya 'Aidul-Fitri pada 8 Syawal akan datang. Mudir Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman memberitahu demikian kepada Azharul-Ummah.

Katanya, penambahbaikan keempat-empat unit bilik air itu adalah sumbangan daripada Tuan Haji 'Abdul Muthalib Mohd Rauther PJK dan keluarganya bagi pihak al-Marhumah ibu mereka yang pulang ke Rahmatullah baru-baru ini.

Pihak Ma'hadul-Azhar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Keluarga Tuan Haji 'Abdul Muthalib atas keprihatinan ini.

Sebenarnya Tuan Haji 'Abdul Muthalib dan keluarganya ini telah memberi sumbangan ikhlas mereka kepada Ma'hadul-Azhar sejak 20 tahun lagi, tambah Ustaz Yusoff



 




Ucapan Selamat Hariraya Dari Ustaz Yusoff 'Uthman

Ustaz Yusoff 'Uthman dan Puan Fauziyyah 'Umar dan Anak-Anak Serta Cucu-Cucu Mengucap SELAMAT HARIRAYA 'AIDUL-FITRI ma'af segala kesalahan nyata dan terselindung kepada seluruh pelajar  Ma'hadul-Azhar, Darul-Azhar, Ma'had Melayu Al-Islamiy, Ma'had Fityah Al-Azhar, Ahli Nujabak Al-Azhar As-Sholihun, Azharul-Ummah serta para warith masing-masing dan kepada para dermawan dan penyokong program pendidikan anjuran mereka.

Isnin, 6 Ogos 2012

Pancaran KULLIYYAH KEFAHAMAN KITAB ALLAH MELALUI husnatv

17 Ramadhan 1433
 


Ma'hadul-Azhar ( Institut Tahfiz Dan Kefahaman Al-Quran) Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada husnatv atas kesudian pihaknya menyiarkan rakaman Kulliyyah Kefahaman Kitab Allah yang disampaikan oleh Mudir yang juga Pengasas Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman.

Semoga siaran ini dapat diambil faedah dan munafaatnya oleh sesiapa sahaja yang cuba atau berhasrat memahami Kitab Allah secara ringkas.