Isnin, 5 September 2011

Perjumpaan Paduan Kasih ILMAM - SINARAN AZHAR Kali Pertama Berjaya

6 Syawal 1432

Syukur kepada Allah, tahniah dan penghargaan tinggi kepada Anak-Anak Lepasan Ma'hadul-Azhar dan keluarga masing-masing yang berjaya bertemu di Ma'hadul-Azhar ( Institut Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam) Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari Sabtu kelmarin.

Anak-anak yang tidak berpeluang turut serta kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan diharap dapat merialisasikan impian ini dalam perjumpaan akan datang, insya Allah.

Turut serta dalam pertemuan ini al-Fadhil Ustaz Shuib Muhammad Amin, Tuan Haji Mutalib Mohh. Rawther dan isteri, Tuan Haji Adnan Said dan isteri, En. Rosli Che Lah dan Isteri, En. Mohd Bakar dan keluarga, En. Rodhi dan keluarga.

Ustaz Yusoff selaku Mudir dan pengasas Ma'hadul-Azhar dan isterinya yang mesra dengan panggilan Mak njang Fauziyyah amat teharu dengan pertemuan yang penuh syahdu ini. Alunan suara merdu anak-anak Ma'hadul-Azhar dengan susun kata indah lagu rasmi Ma'hadul-Azhar yang mereka dendangkan dipermulaan majlis membuatkan beberapa titik air jernih keluar melalui kelopak mata mereka... Bait akhirnya " kami tetap setia bersamamu " ... tetap mereka kotakan.  

Pertemuan semalam amat singkat sekali ... Rasa-rasa tidak mahu berpisah lagi dengan anak-anak ini .. tetapi apa boleh buat panggilan tanggung jawab mereka masing-masing yang perlu ditunaikan, demikianlah luahan persara Ustaz Yusoff dan Mak Njang Fauziyyah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan