Ahad, 22 Januari 2012

Tawaran Pengajian Memahami Al-Quran Masih Dibuka

Ma'hadul-Azhar
(Institut Kefahaman Al-Quran & Pengajian Islam)
Pokok Sena , 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang


Ma'hadul-Azhar masih menerima kemasukan pelajar baru untuk sesi pengajian sekarang hingga Mei 2014.

Syarat-syarat penerimaan pelajar ada sedikit perubahan. Syarat penerimaan baru adalah seperti berikut :

1.  Lelaki & Perempuan
2.  Berumur 10 tahun ke atas ( peraturan baru )
2.  Berakhlak mulia dan berbudipekerti luhur
3.  Sihat fizikal dan minda

Tidak disyaratkan mahir membaca Quran

Rabu, 4 Januari 2012

PENGAJIAN INTENSIF BAHASA 'ARAB : PROGRAM 100 JAM PENGAJIAN


   MA’HADUL-AZHAR
 ( INSTITUT KEFAHAMAN AL- QURAN & PENGAJIAN ISLAM )
Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang, Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia
Tel :  013 8101040  Faks:  04 3515062  Laman Sesawang : http://azhar-ummah.blogspot.com Facebook : Ma’hadul Azhar  , Email : mahadulazhar@yahoo.com

MENAWARKAN
KURSUS INTENSIF BAHASA ‘ARAB
PROGRAM 100 JAM PENGAJIAN DALAM 15 MINGGU
SETIAP HARI SABTU MINGGU PERTAMA KEDUA DAN KETIGA
8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

PENGAJIAN AKAN BERMULA PADA AWAL APRIL HINGGA AKHIR OGOS 2012
                                                                                           
TERBUKA KEPADA

Ø  PELAJAR TINGKATAN SATU HINGGA TINGKATAN LIMA ALIRAN BAHASA ‘ARAB
Ø  PELAJAR BAKAL MENGAMBIL PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA
Ø  GURU BAHASA ‘ARAB TADIKA, PASTI, TASKI, PERMATA NEGARA DLL
Ø  IBU BAPA YANG INGIN MEMBANTU KEMAHIRAN  BAHASA ‘ARAB ANAK-ANAK
Ø  DATUK DAN NENEK YANG INGIN MEMBANTU KEMAHIRAN BAHASA ‘ARAB CUCU-CUCU
Ø  PEGAWAI KERAJAAN DAN SWASTA YANG INGIN MENCUBA BELAJAR BAHASA ‘ARAB
Ø  MUSLIMIN MUSLIMAT YANG INGIN MENGUASAI SEDIKIT KEMAHIRAN BAHASA ‘ARAB

TIDAK PERLU ADA ASAS BAHASA ‘ARAB

YURAN PENYERTAAN
RM1150.00
( Termasuk Nota & Makanan )
Nota Penting : Yuran Penyertaan Boleh Dijelaskan Dalam 6  Kali Bayaran


KURSUS BERTEMPAT DI

DEWAN KULLIYYAH UTAMA
MA’HADUL-AZHAR
( Institut Kefahaman Al-Quran Dan Bahasa ‘Arab )
POKOK SENA, 13220 KEPALA BATAS, PULAU PINANG
SEMENANJUNG TANAH MELAYU, MALAYSIA

Keterangan Lanjut Dan Pendaftaran Sila Hubungi
Pengarah Kursus Intinsif Bahasa ‘Arab Ma’hadul-Azhar
Talian
013 8 1010 40 ( Ustaz Yusoff ‘Uthman )

Selasa, 3 Januari 2012

Anak-Anak Ma'hadul-Azhar / Darul-Azhar Tidak Pernah Lekang Dari Ingatan

-  Yusoff 'Uthman

Perasaan Hati adalah antara anugerah indah dari Allah. Ungkapan kata walaupun indah dan mempersonakan tidak dapat mengatasi Perasaan Hati. Banyak Keindahan Rasa Hati tidak terzahir melalui kata-kata. Ini adalah antara yang dapat diselami dari raut muka dan senyuman manis bermakna Mak Nyang Fauziyyah. 

Kunjungan atau lebih tepat lagi KEPULANGAN anak-anak Ma'hadul-Azhar pada tanggal 3  Syawwal 1432 yang lalu betul-betul mengubati  kerinduan Mak Nyang .. Tarikh itu dinantinya sekian lama ... Riangnya tidak terhingga ...

Sekali lagi senyuman indah melakari wajah manisnya bila terdendangnya alunan Nasyid "SINARAN AZHAR  " dari suara emas Syautul-Abrar yang sepi hampir setengah dasawarsa. Perlahan-lahan air mata gembira dan teruja membasahi pipi putihnya.

26 November hingga 03 December 2011 yang lalu , Seperti sirih pulang kegagang ... Anak-anak dan Cucu-Cucu Ma'hadul-Azhar pulang kepangkuan dengan progran khas untuk Cucu-Cucu Ma'hadul-Azhar tercinta

Antara yang hadir menjayakan program indah ini ialah : Rohidzir dan anak-anak, Ahmad Zaki, anak-anak dan isteri, Dr. Irwan, anak-anak dan isteri-isteri , Mohd Fadli Yaakub, Mawardi, anak-anak dan isteri, Wafi Nazan, Zaki Hamid dan anak , Mustaqim, Hishamuddin , anak dan isteri , Zaihal, Hamidi dan anak, Zaitun dan anak, Kamal, Nuur 'Ain, Nurul-Husna dan Nuur 'Izzati

Kehadiran Cikgu Rosli, anak-anak dan isteri menambah serikan lagi seri Mak Nyang yang sudah  pun berseri. Kegembiraannya terus memuncak

Tanggal 05 - 10 December Ahmad Zaki dan Nuur 'Ain sekali lagi mencurah bakti menjayakan Kursus Intensif Bahasa 'Arab kepada pelajar-pelajar baru Ma'hadul-Azhar

Surida pula sudi menyambung pelajaran anak perempuannya di Ma'hadul-Azhar

Layanan mesra Yusoff Abdul Hadi dan Rasyidin serta isteri dan keluarga masing-masing serta ibu Nur 'Izzati Hussin semasa kunjungan Mak Nyang dan keluarga ke Terengganu hujung bulan lepas  meninggalkan rasa terharu yang amat sangat.

Kegigihan Rohidzir mempertemukan Ustaz Yusoff dengan para dermawan Lembah Kelang, peluang berucap di Masjid Jami' Kuala Lumpur dan di Masjid LKCC serta memberi peluang Nurul-Husna dan Nuur 'Izzati  membuat persembahan di Masjid KLCC amat besar sekali ertinya. Disini dapat dilihat kekuatan pengaruh Rahidzir di KL.

Menerima hadiah " ANAK APAK ' yang ditandatangani sendiri oleh ayah Ramadhan dan apak Abdul Latif Rahbar semasa kami berkunjung kerumahnya serta berbual bicara dengan Kak Nah dan suaminya Tuan Haji Subky Latif meninggalkan kesan yang mendalam dalam pemikiran kami.

Kepulangan Abdul Latif Rahbar memberi Syarahan kepada adik-adiknya  pada 06 - 08 Januari 2012 di Ma'hadul-Azhar serta memberi kulliyyah subuh di Masjid Bertam Indah, Kepala Batas pada hari Sabtu 07.01 menambahkan lagi darjah kegembiraan Mak Nyang

 Anak-Anak Ma'hadul-Azhar di mana sahaja berada, apa juga status kehidupanmu ... Mak Nyang dan Ustaz Yusoff amat merindui mu ... Amat berbangga dengan penampilanmu ... Keriangan dan  kesedihan, yang sudah banyak tahun meniggalkan kita  masih dianggap seolah-olah baru sehari berlalu .....

Kami meniti saat-saat akhir kehidupan difasa penghujung ini dengan riang dan gembira hasil keringat dan pengorbanan yang kita lalui bersama suatu ketika dulu ... 

Syukur kepada Rabbul-Jalil atas tautan kasih kita yang terus utuh dan tidak pernah luntur ... dan tidak akan luntur ..  Insya Allah



ABDUL LATIF RAHBAR BIN AHMAD SUBKY LATIF




·         Salam. Berikut biodata hamba.

1.         Abdul Latif Rahbar Bin Ahmad Subki
2.         Lahir 30-04-1982 bersamaan 7 Rajab 1402 di Kuala Lumpur
3.         Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Al-Amin.
4.         Hujung tahun 1992 mula menghafal Al-Quran di Ma'had Tahfiz Darul Furqan,
·                     Sentul Kuala Lumpur.
5.         Jun 93 belajar tahfiz di Istanbul Turki sehingga Jun 96.
6.         September 96 sehingga pertengahan 99 di Ma'hadul Azhar  ( Institut
·                     Tahfiz Al-Quran Dan Pengajian Islam ) Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau
·                     Pinang.
7.          Peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) dan Sijil Pra-Diploma di Al-Ma'hadul
·                                 'Ali Lid-dirasatil Islamiyyah wal 'Arabiyyah (Madiwa) Masjid Tinggi Bagan
·                     Serai Perak pada tahun 1998.
8.         Menyambung pelajaran dalam bidang agama dan Bahasa Arab di Darul
·                     Uloom Zakariyya Johannesburg Afrika Selatan 2000-2006.
9.         Bertugas sebagai Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Acting Manager, Eksekutif
·                     Perancangan & Pengurusan Material di Kay Marine Sdn Bhd dari tahun 2007-
·                      awal 2010 (KL, KK, K. Terengganu dan Lumut)
10.       Bertugas sebagai tenaga pengajar di Ma'hadul Uloom Al-Islamiyyah Sg Buloh
·                     dari 2000-kini.
11.       Penasihat Syariah utk Standard Chartered Saadiq Bank semenjak Julai 2007.
12.       Penceramah tetap mingguan di Surau Sakinah TTDI Jaya Shah Alam, Surau
·                     Kg Melayu Sg Buloh dan Surau Syakirin Presint 14 Putrajaya untuk kuliah
·                     hadis.
13.       Penceramah tetap mingguan di Surau Ar-Rahmaniyyah Presint 16 Putrajaya
·                      utk Kuliah Fardhu Ain
14.       Penceramah tetap bulanan di Surau Al-Munawwarah Seksyen 13 Shah Alam
·                      untuk kuliah Fiqh Muamalat.
15.       Mengajar tajwid dan tilawah di sekitar Sg Buloh.

Wallahu a'lam.