Perasaan Hati adalah antara anugerah indah dari Allah. Ungkapan kata walaupun indah dan mempersonakan tidak dapat mengatasi Perasaan Hati. Banyak Keindahan Rasa Hati tidak terzahir melalui kata-kata. Ini adalah antara yang dapat diselami dari raut muka dan senyuman manis bermakna Mak Nyang Fauziyyah.
Kunjungan atau lebih tepat lagi KEPULANGAN anak-anak Ma'hadul-Azhar pada tanggal 3 Syawwal 1432 yang lalu betul-betul mengubati kerinduan Mak Nyang .. Tarikh itu dinantinya sekian lama ... Riangnya tidak terhingga ...
Sekali lagi senyuman indah melakari wajah manisnya bila terdendangnya alunan Nasyid "SINARAN AZHAR " dari suara emas Syautul-Abrar yang sepi hampir setengah dasawarsa. Perlahan-lahan air mata gembira dan teruja membasahi pipi putihnya.
26 November hingga 03 December 2011 yang lalu , Seperti sirih pulang kegagang ... Anak-anak dan Cucu-Cucu Ma'hadul-Azhar pulang kepangkuan dengan progran khas untuk Cucu-Cucu Ma'hadul-Azhar tercinta
Antara yang hadir menjayakan program indah ini ialah : Rohidzir dan anak-anak, Ahmad Zaki, anak-anak dan isteri, Dr. Irwan, anak-anak dan isteri-isteri , Mohd Fadli Yaakub, Mawardi, anak-anak dan isteri, Wafi Nazan, Zaki Hamid dan anak , Mustaqim, Hishamuddin , anak dan isteri , Zaihal, Hamidi dan anak, Zaitun dan anak, Kamal, Nuur 'Ain, Nurul-Husna dan Nuur 'Izzati
Kehadiran Cikgu Rosli, anak-anak dan isteri menambah serikan lagi seri Mak Nyang yang sudah pun berseri. Kegembiraannya terus memuncak
Kehadiran Cikgu Rosli, anak-anak dan isteri menambah serikan lagi seri Mak Nyang yang sudah pun berseri. Kegembiraannya terus memuncak
Tanggal 05 - 10 December Ahmad Zaki dan Nuur 'Ain sekali lagi mencurah bakti menjayakan Kursus Intensif Bahasa 'Arab kepada pelajar-pelajar baru Ma'hadul-Azhar
Surida pula sudi menyambung pelajaran anak perempuannya di Ma'hadul-Azhar
Layanan mesra Yusoff Abdul Hadi dan Rasyidin serta isteri dan keluarga masing-masing serta ibu Nur 'Izzati Hussin semasa kunjungan Mak Nyang dan keluarga ke Terengganu hujung bulan lepas meninggalkan rasa terharu yang amat sangat.
Kegigihan Rohidzir mempertemukan Ustaz Yusoff dengan para dermawan Lembah Kelang, peluang berucap di Masjid Jami' Kuala Lumpur dan di Masjid LKCC serta memberi peluang Nurul-Husna dan Nuur 'Izzati membuat persembahan di Masjid KLCC amat besar sekali ertinya. Disini dapat dilihat kekuatan pengaruh Rahidzir di KL.

Menerima hadiah " ANAK APAK ' yang ditandatangani sendiri oleh ayah Ramadhan dan apak Abdul Latif Rahbar semasa kami berkunjung kerumahnya serta berbual bicara dengan Kak Nah dan suaminya Tuan Haji Subky Latif meninggalkan kesan yang mendalam dalam pemikiran kami.
Kepulangan Abdul Latif Rahbar memberi Syarahan kepada adik-adiknya pada 06 - 08 Januari 2012 di Ma'hadul-Azhar serta memberi kulliyyah subuh di Masjid Bertam Indah, Kepala Batas pada hari Sabtu 07.01 menambahkan lagi darjah kegembiraan Mak Nyang
Anak-Anak Ma'hadul-Azhar di mana sahaja berada, apa juga status kehidupanmu ... Mak Nyang dan Ustaz Yusoff amat merindui mu ... Amat berbangga dengan penampilanmu ... Keriangan dan kesedihan, yang sudah banyak tahun meniggalkan kita masih dianggap seolah-olah baru sehari berlalu .....
Kami meniti saat-saat akhir kehidupan difasa penghujung ini dengan riang dan gembira hasil keringat dan pengorbanan yang kita lalui bersama suatu ketika dulu ...
Syukur kepada Rabbul-Jalil atas tautan kasih kita yang terus utuh dan tidak pernah luntur ... dan tidak akan luntur .. Insya Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan