Jumaat, 22 Julai 2011

Bertemu dengan bekas-bekas pelajar Azharul-Ummah

Semasa berkunjung ke Wilayah Persekutuan Labuan dari 28 Jun hingga 7 Julai yang lalu Ustaz Yusoff 'Uthman dan isteri Puan Fauziyyah Omar sempat bertemu dengan bekas-bekas pelajar yang belajar membaca al-Quran dan belajar memahami al-Quran anjuran Azharul-Ummah. 

Azharul-Ummah adalah Pusat Pengajian Membaca dan  Memahami al-Quran & Bahasa 'Arab yang ditubuhkan oleh Ustaz Yusoff 'Uthman dan Puan Fauziyyah semasa mereka berada di Labuan dari Julai 2010 hingga March 2011.

Ustaz Yusoff juga diberi kesempatan mengajar dan membaca khutbah Juma'at dibeberapa masijid di wilayah tersebut.

Satu jamuan  khas diada oleh ibu bapa pelajar dirumah Puan Maziah bagi meraikan Ustaz Yusoff suami isteri sempena kunjungan riskas mereka.

Walau pun hanya beberapa bulan sahaja berada di Wilayah Persekutuan Labuan namum kemesraan yang ditunjukan oleh pendudukannya amat sukar dilupai,  ujar Ustaz Yusoff.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan