Mohd Sabri Said | ||
PERMATANG PAUH, 13 Dis: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husein mahu para pendakwah di negeri ini terutamanya sebelah pulau membanyakkan institusi pengajian dan pembangunan sekolah berasaskan sistem pondok. Ini, katanya supaya generasi hari ini diselamatkan daripada terlibat dengan gejala yang membawa kepada kemunduran. Lagipun, ujarnya kerajaan negeri memberi galakan dan ingin memastikan sistem itu diwarisi dengan cantik kerana sistem pendidikan negara tidak mampu menangani permasalahan moral yang begitu gusar sekarang. Menurutnya, sejak Pulau Pinang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat bantuan terhadap pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah dikembalikan seperti biasa dan perbincangan boleh dibuat asalkan ada kesungguhan. "Sekolah berasaskan pondok agak kurang di Pulau Pinang terutamanya di sebelah pulau, maka apa salahnya individu yang berpengalaman dan berkemahiran berbuat demikian untuk mencambahkan keilmuan kepada generasi yang memerlukan, "ujarnya ketika berucap merasmikan buku 'Biografi Tuan Guru Dato' Nik Aziz' di Masjid Batu, kelmarin Turut hadir dalam pelancaran buku tulisan Profesor Dr Shahrir Mohd Zain itu iqlah penulis Dinsman dan Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang, Anuar Ahmad serta novelis, Azizi Abdullah. Beliau juga mahukan peningkatan peranan masjid agar lebih ceria dan bertanggungjawab dengan memeriahkan program kepada masyarakat. Menurutnya, masjid boleh pergi jauh dan bukan sekadar hanya untuk menunaikan sembahyang bahkan boleh menjadi pendidik kepada golongan remaja apabila mengetengahkan pelbagai program keremajaan. "Kita hendaklah jadikan masjid sebagai ‘kerajaan kecil’ yang mampu mengawal dan mengendalikan masyarakat setempat dengan baik. Jika kerajaan kecil dapat menyelamatkan masalah masyarakat ia satu penghormatan, " terangnya. Beliau mengambil contoh Masjid Ban Nua di Hattyai, Thailand yang berperanan serta aktif dengan aktiviti ilmu serta menubuhkan koperasi yang senantiasa berusaha membantu anak kariah. “Ia begitu cantik dengan infrastruktur dan kemudahan yang serba canggih. Ketokohan imam yang baik dan jawatankuasa yang bijak mengurus masjid senantiasa menjadi ikon kepada masyarakat," jelasnya. |
Selasa, 14 Disember 2010
PERBANYAKKAN INSTITUSI PENGAJIAN BERASASKAN PONDOK - Speaker Undangan Negeri Pulau Pinang
Isnin, 6 Disember 2010
MEMPERINGATI HIJRAH RASUL S.A.W 1432
Oleh : Yusoff 'Uthman
Sebaik sahaja terbenam matahari 30 Zulhijjah 1431 muncul dan terjelmalah 1 Muharram 1432. Seluruh Negara Malaysia menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini dengan berbagai aturcara mengikut aspirasi penganjur sambutan itu sendiri.
Sambutan tahun baru hijrah ini dipanggil " Ma'al Hijrah " atau dalam Bahasa Melayunya " Bersama Hijrah ". Panggilan ini diperkenalkan oleh Tan Sri Yusof Nor semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Islam )
Sambutan ini dirayakan adalah sebagai tindak balas dari sambutan tahun baru masihi yang disambut secara besar besaran dan dipenuhi dengan acara-acara hiburan dan maksiat pada ketika itu.
Pada pendapat saya, sambutan ini lebih baik disebut dengan jelas dan penuh namanya " MA'A HIJRATIL-RASUL S.A.W " مـع هـجـرة الـرسـول صلى الله عليه وسلم ( bersama Hijrah Rasul S.A.W atau " ZIKRA HAJRATIR-RASUL S.A.W 1432 " Memperingati Hajrah Rasul S.A.W ke 1432
Eloklah kita semua tumpukan sambutan Ma'a Hijratir-Rasul S.A.W 1432 ini dengan memfokuskan secara sedar dan bertanggungjawab tentang tujuan sebenar dan tujuan asal penghijrahan Rasul ke Madinah.
Marilah kita semai dan bajai seluruh lapisan ummah tentang Penghijrahan Agung ini. Penghijrahan Mubarak dan Agung ini adalah semata-mata mencari tapak dan sokongan untuk dilaksanakan Syari'at Islam di muka bumi ini. Dengan lain perkataan " Menegakan Kerajaan Islam "
Namun apa yang berlaku sekarang ialah cubaan menyimpang pandangan dan fikiran umum dari ruh dan semangat Hijrah Rasul ini.
Disana sini kita lihat sambutan ini dianjurkan. Aturcaranya terletak kepada minda dan kefahaman pihak penganjur itu sendiri. Maka dianjurkan Pertandingan atau Persembahan Nasyid sempena Ma'al Hijrah, Pertandingan Silat Sempena Ma'al Hijrah, Persembahan / Pertandingan Marhaban Sempena Ma'al Hijrah, Persembahan / Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Ma'al Hijrah, Perarakan Sempena Ma'al Hijrah, dll.
Rakyat awam yang terdiri dari seluruh lapisan masyarakat, kanak-kanaknya, remajanya, dewasanya terus tertanam dilubuk hati dan minda mereka dengan upacara dan acara-acara itu. Inilah sebenarnya sambutan Ma'al Hijrah pada mereka.
Lantaran ini, bila ada mana-mana individu atau organisasi yang bangun dan berjuang untuk Melaksanakan Semula Pemerintahan Berpaksikan Syari'ah Islamiyyah Berpandukan Quran, Hadith, Ijma' dan Qias di muka bumi ini maka orang yang sama bergembira dan beriangria menyambut Ma'al Hijrah itu juga yang berada dibarisan hadapan, tengah dan belakang menetang habis-habisan usaha murni ini.
Diharap kepada semua penganut Islam dimana sahaja berada, marilah kita dalami dan hayati betul-betul dan terperinci selok belok dan susur galur Penghijrahan Rasullah Yang Agung ini.
Penghijrahan ini tidak berlaku andaikata tidak ada arahan untuk mengajak manusia (Makkah) mentauhidkan Allah.
Penghijrahan ini tidak berlaku andaikata penduduk terbanyak Makkah tidak bersikap biadap dan kurang ajar terhadap Ajaran Allah dan RasulNya .
Penghijrahan ini tidak berlaku andaikata sokongan rakan seIMAN dan rakan SETIA KAWAN tidak diperlukan.
Penghijrahan ini tidak berlaku andaikata Rahmat dan Keadilan untuk manusia sejagat boleh ditegakkan tanpa Memegang Teraju Pemerintahan Negara.
Katakunci dari Pengutusan Rasul adalah untuk RAHMAT SEJAGAT.
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لَلْعَالَمِينَ : Tidak KAMI (ALLAH) utuskan kamu (Wahai Muhammad ) malainkan untuk memberi Rahmat Keseluruh 'Alam "
Tidak mungkin terbentuk kerajaan yang diimpikan tanpa kekuatan dan sokongan.
Sudah terserlah - sepanjang 13 tahun berjuang - sokongan padu dari etnik sendiri gagal diperolehi, malah tentangan hebat, ganas dan biadap dari mereka terpaksa dihadapi saban hari, maka sokongan etnik lain perlu dicari. Wakil etnik itu telah menghulurkan tangan sokongan dan persahabatan. Wakil etnik baru itu sudah berSYAHADAH dengan setulus hati mereka.
Bagus dan elokkah peluang keemasan itu hendak dibiar lusuh,luluh dan terkubur tanpa batu nisan ? !
Demi Rahmatan Lil 'Alamin inilah Rasul kita berhijrah. Berhijrah bersama Ole-Ole 'Aqidah Ilahiyyah yang Menghasilkan SYURGA kepada sesiapa sahaja yang sudi menerimanya dengan sepenuh hati.

Tidak mungkin Rahmat Agung dan Menyeluruh ini dapat dirasai dan dinikmati oleh 'alam sejagat - termasuk haiwan, jin dan tumbuh-tumbuhan - kecuali ada kuasa atau memiliki kerajaan.
Sudah terserlah - sepanjang 13 tahun berjuang - sokongan padu dari etnik sendiri gagal diperolehi, malah tentangan hebat, ganas dan biadap dari mereka terpaksa dihadapi saban hari, maka sokongan etnik lain perlu dicari. Wakil etnik itu telah menghulurkan tangan sokongan dan persahabatan. Wakil etnik baru itu sudah berSYAHADAH dengan setulus hati mereka.
Bagus dan elokkah peluang keemasan itu hendak dibiar lusuh,luluh dan terkubur tanpa batu nisan ? !
Demi Rahmatan Lil 'Alamin inilah Rasul kita berhijrah. Berhijrah bersama Ole-Ole 'Aqidah Ilahiyyah yang Menghasilkan SYURGA kepada sesiapa sahaja yang sudi menerimanya dengan sepenuh hati.
Rabu, 24 November 2010
BERKUNJUNG KE BRUNEI DARUSSALAM
Pengarah Azharul-Ummah Ustaz Yusoff 'Uthman sekarang berada di Brunei Darussalam dalam kunjungannya selama tiga hari ke Negara tersebut. Beliau akan pulang ketanahair pada esok hari Khamis. Beliau diiringi oleh En. Ismail Abdul Rahim salah seorang tenaga pengajar di Azharul-Ummah, Cawangan W.P Labuan . Pemergiannya ke Brunei dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Muara, Brunei Darussalam
Antara tempat yang telah, sadang dan akan dikunjunginya ialah Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddin, Masjid 'Asri Sultan Hasanal Bulqiah, Ma'had Tahfiz Quran Sultan Hasanal Bulkiah, Unvuersiti Brunei Darussalam, Sekolah-sekolah Agama, Muzium Teknoligi Melayu, Muzium Brunei, Kampong Air, Perpustakaan, gedung-gedung perniagaan dan lain-lain.
Ustaz Yusoff amat terharu dengan layanan baik Pegawai-Pegawai Kerajaan Brunei di semua sektor yang dilawatinya. Mereka memberi kerjsama yang amat baik dan melayani semua pertanyaan yang diajukan. Mereka semua sudi bergambar bersama.
Antara tujuan utama lawatan ini ialah mencari peluang-peluang kerjasama pendidikan antara Warga Brunei Dasussalam dengan Ma'hadul-Azhar ( Insititut Tahfiz Al-Quran Dan Pengajian Islam ) Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia dan Azharul-Ummah ( Hauzah Tahfiz Wa Tafhim al-Quran) yang berpusat di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Sambutan awal mereka tentang program pendidikan Ma'hadul-Azhar dan Azharul-Ummah amat menggalakkan
Rabu, 17 November 2010
MONYANG KU KHALILULLAH NABI IBRAHIM : KAMI MENGINGATIMU, KAMI IKUTI PENGAJARANMU
HARI INI DAN TIGA HARI BERIKUTNYA kami dalam lingkaran bilangan 1000 juta yang masih bernafas di seluruh persada dunia tampil mempamirkan kasih sayang kami kepadaMu wahai Monyang tercinta. Saban hari kami dengan penuh khusyu' dan syahdunya mengungkap namamu dibibir-bibir kami. Kami sebut namumu palaing kurang lima kali sehari. Ramai dikalangan kami menyebut namamu dengan bilangan yang lebih banyak.
Kami sebut namamu bukan dalam majlis sebarangan. Kami sebut namamu bukan dalam pesta hiburan melekakan. Kami sebut namu bukan mainan atau dalam alunan nasyid yang didendangkan. Wahai Monyang kami, kami sebut namamu yang indah ini dalam sholat kami. Kami sebut namamu ketika kami menyembah tuhanmu . Tuhan yang engkau dengan setulus hatimu mencariNya. Kami juga menerima TUHANMU sebagai TUHAN KAMI jua.
Kata-kata saktimu tetap utuh dalam ingatan kami. Kata-kata hebatmu yang disemadikan sendiri oleh tuhanmu dalam QuranNya. Quran yang ditatang penuh hormat oleh suruhan tuhanMu bertaraf Ketua Para Malaikat untuk disampaikan kepada cucu teragungmu Rasul paling akhir buat seluruh 'alam Nabi Muhammad S.A.W. untuk tatapan seluruh insan hingga qiamat. Ungkapan katamu wahai Monyang tercinta kami semadikan pula dalam lingkaran ingatan otak kami. Kami tatangnya dimana sahaja kami berada. Kami tatangnya dalam apa juga keadaan. Kami sanggup hadapi segala mehnah dan trbulasi kerananya. Katamu itu wahai Monyang kami adalah kata penentu kebahagian kami.
Monyang Tercinta ... Demi katamu itulah kami lakukan Sholat ( solat = سلاة / sholat = صلاة ) . Demi katamu itulah namamu kami sebut dalam sholat kami. Tuhanmu menitahkah kami melalui cucumu Nabi Muhammad agar kami menyebut namumu dalam sholat kami.
Monyang Tercinta ... Ribuan tahu dulu engkau menyebutkan kata saktimu ini. Dengan katamu ini engkau dibakar. Dengan katamu ini juga kebakaran terhadapmu tidak menjadi. Dalam negara yang punyai pemerintah paling zalim dalam dalam tamadun dan peradaban dunia kamu laungkan katamu ini. Engkau laungkan sekuat suaramu. Engkau pancarkan laungan itu dari dasar hati muliamu yang cekal dan tabah. Dari hatimu yang telus dan ikhlas.
Monyang tercinta ... Engkau kumandangkan alunan katamu itu menggegar dan menghancurkan semua singgahsana puaka. Engkau kucarkacir keselesaan pemerintah dan penguasa durjana dimasa sahaja mereka berada Engkau humbankan keperilakuan kurang ajar dan biadap mereka dalam tandas najis yang amat jijik.
Kata mu wahai Monyangku Khalilullah. Katamu wahai Monyang kami Habibullah .. Katamu yang merobah perjalanan tamadun dunia, menguasai seluruh urat nadiku, menguasai seluruh urat nadi kami.
Katamu yang menarik kami untuk mengembara melalui jalan susur galur pengembaraanmu sebenarnya membuat manusia puaka dan biadap lari lintang pukang. Kadang-kadang membuat mereka bertindak ganas seganas-ganas nya dimuka bumi. Mereka menerkam siapa sahaja yang berada di jebuhraya pengembaraan mengikut jalur garisan dan peta yang engkau telah lakarkan.Engkau tabah hadapi. Kami juga berusaha untuk tabah menghadapinya.
Katamu semasa hidupmu ribuan tahun lalu sunggah indah wahai Monyang kami. Katamu diulang sebut oleh tuhanmu dalam QuranNya yang mulia dalam bentuk " Ayat Ajuk " yang amat indah dan mempesonakan :
إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ
AKU MENGEMBARA MENCARI TUHANKU.
TUHANKU TETAP MEMBERI PERTUNJUK KEPADAKU
Wahai Monyang Tercinta..... Aku, Isteriku, Anak-anak Menantuku, Zuriat-zuriatku di harap juga para pelajar yang berada di payung bimbingan kamii - secara langsung atau tidak langsung - dihari-hari memperingati JIHAD AGUNGMU ini berjanji akan mengikuti jejak perjuangan dan jihadmu dengan ikhlas-seikhlas hati dan jiwaraga kami.
Kami pohon TUHANMU memperkuatkan KAMI seperti TUHANMU MEMPERKUATKAN ENGAKAU DULU, WAHAI MONYANG KAMI .......
Kami pohon TUHANMU memperkuatkan KAMI seperti TUHANMU MEMPERKUATKAN ENGAKAU DULU, WAHAI MONYANG KAMI .......
Hingga disini dulu wahai Monyang Tersayang .... Akan aku lakarkan lagi kesyahduanku terhadapmu
Catatan Yusoff 'Uthman
Rabu, 3 November 2010
TENAGA 'ILMUAN ISLAM AMAT DINANTIKAN - Al-Fadhil Ketua Penolong Mufti W.P. Labuan
W.P. Labuan .Selasa 25 Zulhijjah 1431 / 02 Nov. 2010
" Para 'Ilmuan Muslim, terutama sekali yang berlatar belakang Pengajian Islam yang berada di W.P Labuan perlu mengorak langkah bersama dan terancang ke arah menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan keIslaman kepada masyarakat setempat demi kebaikan bersama. " Perkara ini ditegaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Ismail, Ketua Penolong Mufti Wilayah Pesekutuan Labuan kepada Pengerusi Azharul-Ummah (Hauzah Tahfiz Wa Tafhim Al-Quran) Cawangan Labuan, Ustaz Yusoff 'Uthman dalam pertemuann rengkas dan mesra mereka di Jabatan Mufti W.P. Labuan semalam.
Dalam pertemuan hampir sejam itu, terbayang dengan jelas kesungguhan Al-Fadhil dalam memantap dan mempergiatkan usaha-usaha Da'wah Islamiyyah kepada semua gulungan sasaran. di Pulau Labuan ini. Al-Fadhil sendiri menghabiskan banyak masa diluar waktu rasmi untuk mengajar dan mendidik ummah.
" Para 'Ilmuan Muslim dan Graduan Pengajian Islam marilah sama-sama kita menggembeling tenaga dan fikiran dalam mengatur dan mengorak langkah ke arah membimbing ummah menuju keridhaan Allah melalui gerakan da'wah dan Pengajian Islam " Ulangnya berulangkali.
Isnin, 1 November 2010
PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DAN MEMAHAMI AL-QURAN ADALAH SUATU KEPERLUAN - Al-Fadhil Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan
Masjid An-Nuur, W.P Labuan
" Masyarakat Islam Labuan, terutama pihak pengurusan masjid perlu memikir secara serius bagaimana melahirkan Para Huffaz Al-Quran dikalangan anak tempatan. Setiap ibu bapa pula mesti berhasrat agar sekurang-kurangnya seorang dari anak kesayangan mereka dapat menghafaz 30 juzuk al-Quran. Saya sendiri amat bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan kepada saya seorang dari lapan anak saya dapat menghafaz keseluruhan al-Quran. "
Demikian tegas Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam (JAWI) Wilayah Persekutuan Labuan Al-Fadhil Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Saad semasa merasmikan penutupan Kursus Penghayatan Quran Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Dewan Kulliyyah Masjid An-Nur, W.P. Labuan semalam
Program dua hari - Sabtu & Ahad - itu menampilkan seorang tokoh hebat yang sukar ditandingan keilmuan dan penampilannya dalam mengembangkan Kefahaman Islam kepada masyarakat. Beliau ialah Dr. Mohd Ali Saripan Al-Hafiz.
Dr. Mohd Ali Saripan yang telah mennjangkau usia 65 tahun masih kelihatan cergas dan bersemangat walaupun tidak dapat duduk ketika bersolat kerana baru melakukan suatu pembedahan dikedua-dua belah kakinya. Beliau yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Australia dan New Zealand mempunyai firma sendiri yang dikenali sebagai " HASANAH DARAIN " beribu pejabat di Selangor Darul-Ihsan.
Dari ucapan panjang lebar Al-Fadhil Tuan Penolong Pengarah Kanan JAWI , W.P. Labuan ini menampak kesungguhan tinggi pihaknya untuk melihat kemunculan Gruduan Huffaz yang memahami kandungan al-Quran dalam masa terdekat ini.
Seterusnya beliau menambah bahawa pihak JAWI, W. P. Labuan katanya akan menyokong mana-mana pihak yang sudi mengorak langkah menubuhkan kelas-kelas pengajian ke arah kemunculan pemuda pemudi muslim Labuan yang yang mahir dalam pengajian al-Quran, terutama sekali menghafaz dan memahami kandungannya serta menghayati pengajarannya. Pihak pengurusan masjidlah diharapkan untuk berperanan dalam merialisasikan impian ini.
Sebelum itu Ketua Penolong Pengarah Masjid JAWI W. P Labuan al-Fadhil Ustaz Karia Haji Rahmat yang menjadi urusetia Kursus Penghayatan Al-Quran ini juga melahirkan hasrat yang sama.
Program ini memberi kesan keinsafan yang mendalam terhadap perserta. Rata-rata mereka berharap agar program ini diulangi lebih kerap dan dibuka kepada lebih banyak perserta.
Tahniah JAWI W. P. Labuan
Jumaat, 29 Oktober 2010
KHUTBAH JUMA'AT " SALAM TERAKHIR " DAN FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM
Masjid Jami' Sungai Labu, W.P. Labuah
Masjid Jami' Sungai Labu, W.P. Labuan yang yang terletak di pesisir pantai digigi Laut Cina Selatan ( Suatu ketika dulu dikenali sebagai Laut Campa) amat menarik pandangan dan lokasinya. Masjid ini baru siap dibina dengan kos dianggarkan melebihi 2 juta ringgit.
Tajuk khutbah hari ini - Juma'at 29.10.2010 - " Salam Terakhir " disampaikan oleh Ustaz Yusoff 'Uthman
Malam ini masjid menganjurkan Forum Ehwal Islam dengan dibarisi penceramah yang hebat dan berwibawa tinggi, antaranya Al-Fadhil Syeikh Ghazali Saad, Ketua Pengarah JAWI Labuan.
Selasa, 26 Oktober 2010
Kulliyyah Tafsir : Surah Al-Insan
W.P Labuan, Malaysia
Masjid Jami' Layang-Layangan mencipta satu lagi sejarah dalam bidang Pengajian Islam. Kali ini masjid menganjurkan Kulliyyah Tafsir Mingguan dengan mengemukakan Ustaz Yusoff 'Uthman sebagai tenaga pembimbingnya.
Kulliyyah yang disampaikan selepas Solat Ma'ghrib semalam berjaya menarik minat berbagai lapisan masyarakat, kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Tumpuan utama kulliyyah adalah dari Surah Al-Insan.
Pihak pengurusan masjid berharap agar pada Hari Isnin hadapan lebih ramai lagi muslimin dan muslimat dapat berpeluang mengikuti apa yang di Firman Allah dalam Kitab SuciNya
Sabtu, 23 Oktober 2010
Memahami Kalam Allah Perlu Kesungguhan
Ustaz Yusoff 'Uthman , Pengarah Azharul-Ummah dalam kulliyyah Kemahiran Membaca Quran yang di adakan di Wilayah Persekutuan Labuan minggu lepas memberitahu bahawa Syeikh Universiti Azhar, Mesir, Al-Marhum Syeikh 'Abdul Halim Mahmood seringkali mengeluh " Kenapa individu umat Islam tidak bersungguh-sungguh memahami kata-kata Allah atau Firman Allah dalam QuranNya. Buku-buku karangan manusia kita membaca nya dengan tekun dan teliti tetapi Kitab Suci Karangan Allah kita tidak peduli.
Ustaz Yusoff mengajak hadirin agar berfikir bersungguh-sungguh dan berusaha sedaya mampu untuk cuba meneliti dan memahami Kalam Allah ini sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup.
Sabtu, 16 Oktober 2010
Keperluan Menjana Pendapatan Tambahan
Ceramah yang disampaikan oleh Puan Bahagia dan Muhammad Taufeeq Rosyid di primis Azharul-Ummah , Labuan memberi kesedaran mendalam kepada peserta betapa pentingnya berusaha menjana pendapatan yang sesuai demi masa depan anak-anak. Ceramah yang diadakan pada 13.10.2010 terpaksa dilanjutkan pada 14.10.2010 atas permintaan hadirin.
Hari ini Pn Bahagia dan En Muhammad Taufeeq Rosyidi berada di Sabah atas misi yang sama.
Sabtu, 2 Oktober 2010
أزهر الأمة
(Kelas Pengajian Quran Dan Kefahaman Islam)
menawarkan kursus intensif
KEMAHIRAN MEMBACA QURAN
(PROGRAM 30 JAM PENGAJIAN DALAM 15 HARI)
MASA PENGAJIAN KUMPULAN PERTAMA
7.00 MALAM – 9.00 MALAM / 3 KALI SEMINGGU (Isnin, Selasa, Rabu)/ BERMULA AWAL OKTOBER HINGGA AWAL NOVEMBER 2010
BERTEMPAT : DI TAMAN MUTIARA, JALAN SUNGAI BEDAUN, 87000 W.P. LABUAN
SYARAT PENYERTAAN
REMAJA & DEWASA (LELAKI DAN PEREMPUAN) YANG BELUM MAHIR MEMBACA QURAN
SUMBANGAN ILTIZAM PENYERTAAN : RM60.00 (SEKALI SAHAJA)
YURAN PENGAJIAN : RM300.00
( YURAN PENGAJIAN KUMPULAN PERTAMA (OKTOBER 2010) DIKECUALIKAN )
KETERANGAN LANJUT DAN PENDAFTARAN SILA HUBUNGI AZHARUL-UMMAH DI ALAMAT
M51 – 1004, TAMAN MUTIARA, JALAN SUNGAI BEDAUN, (SELEPAS JAM 5.00 PETANG) TEL. 013 8 1010 40
Laman Sesawang Kami : http://pintarsholeh.blogspot.com / Email : azharul_ummah@yahoo.com

Rabu, 1 September 2010
KELAS INTENSIF KEMAHIRAN MEMBACA QURAN
KELAS INTENSIF KEMAHIRAN
MEMBACA QURAN
PROGRAM 30 JAMPENGAJIAN- SESI MALAM - 3 KALI SEMINGGU
BERTEMPAT DI : M18-0001, TAMAN MUTIARA, JALAN SUNGAI BEDAUN,
WILAYAH PERSEKUTUANLABUAN
WILAYAH PERSEKUTUAN
YURAN PENGAJIAN :RM300.00
(YURAN PENGAJIAN PENGAMBILAN PERTAMA - OKTOBER 2010 DIKECUALIKAN )
SUMBANGAN ILTIZAM PENYERTAAN : RM60.00
(YURAN PENGAJIAN PENGAMBILAN PERTAMA - OKTOBER 2010 DIKECUALIKAN )
SUMBANGAN ILTIZAM PENYERTAAN : RM60.00
ISTIMEWA UNTUK LELAKIDAN WANITA
(DEWASA & REMAJA)
YANG INGIN MEMBINAJATIDIRI SENDIRI
SERTA INGIN MEMBIMBINGANAK-ANAK MEMBACA QURAN
BERDASARKAN KONSEP PENGAJIAN
PANTAS UNGGUL SELESA
PANTAS UNGGUL SELESA
KETERANGAN LANJUT DANPENDAFTARAN SILA HUBUNGI
AZHARUL UMMAH
M51-1004, TAMAN MUTIARA, JALAN SUNGAI BEDAUN
87000 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN .
TEL. 013 8 1010 40,
SESAWANG : http//pintarsholeh.blogspot.com
M51-1004, TAMAN MUTIARA, JALAN SUNGAI BEDAUN
87000 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN .
TEL. 013 8 1010 40,
SESAWANG : http//pintarsholeh.blogspot.com
Ahad, 6 Jun 2010
KEM MOTIVASI
KETRAMPILAN DIRI &
CARA BERKESAN
MENGINGATI PELAJARANPenumpuan Utama KEM
1. Latihan berucap di khalayak
2. Latihan cara membaca teks
3. Latihan cara mengingati bahan bacaan
4. Latihan cara membuat nota berkesan
5. Latihan menghafaz al-Quran ( penumpuan kepada surah as-Shaf (سورة الصف *)
6. Latihan memahami al-Quran ( penumpuan kepada Surah as-Shaf )
* Surah as-Shaf adalah salah satu dari 8 surah yang wajib di hafaz oleh pelajar-pelajar Aliran Agama Sekolah Menengah dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia
KEM PENDEDAHAN CARA MUDAH BELAJAR
BAHASA 'ARAB
Di Bangunan Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang
12, 13 & 14 Jun 2010 ( Sabtu, Ahad & Isnin)
(08.00 pagi - 05.00 petang)
Yuran Penyertaan : RM110.00 sahaja
PENUMPUAN UTAMA KEM
1. Kemahiran dan cara menghafaz dan mengingati perkataan 'Arab
2. Kemahiran dan cara mudah membina ayat
3. Kemahiran cara bertutur terancang
4. Motivasi jatidiri ke arah membina sahsiah unggul
5. Memperkenalkan sistem balajar secara berdikari
PELUANG KEEMASAN
Kedua-dua Kem di atas amat berfaedah bukan sahaja kepada pelajar-pelajar
tetapi juga amat berguna kepada
# Guru-guru Bahasa 'Arab sekolah rendah dan Guru-guru KAFA
# Ibu bapa yang ingin membimbing asas- asas Bahasa 'Arab dan hafazan al-Quran
kepada anak- anak dan
# Sesiapa sahaja yang ada sedikit minat dan ingin mendekati dan mengenali
Sistem Hafalan Berkesan dan Cara-cara Mengingati Pelajaran
Kami mengalu-alukan semua pihak dan semua peringkat untuk turut mengikuti
kedua-dua kem ini. Rebutlah peluang keemasan yang julung-julung kali tiba ini.
PENYERTAAN BERKUMPULAN
Penyertaan berkumpulan melebihi 5 orang layak mendapat potongan RM20.00
setiap seorang.
CARA MENDAFTAR
Pendaftaran yang PASTI boleh dibuat dengan menghubungi kami di talian 013 8101040
(Ustaz Yusoff 'Uthman)
TARIKH AKHIR MENDAFTAR
SEKURANG-KURANGNYA 24 JAM SEBELUM KURSUS
BERMULA
CARA BAYARAN
Bayaran boleh di buat pada hari pertama kursus atau di masukkan ke akaun berikut
Di Bank Muamalat atas nama : PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN & BAHASA
PINTAR SHOLEH , No. Akaun : 0704 0000 168718
Di Bank Islam atas nama : PAUZIYAH BINTI OMAR, No. Akaun : 07 043 02 025562 5
( setelah di bankkan yuran penyertaan ini hendak di SMS butirannya kepada kami
di talian 013 8101040 dengan segera)
Sedikit mengenai Juru Latih Utama
Antara jurulatih kem ini ialah :
1. Ustaz Yusoff 'Uthman Ishak
Pernah menerima pendidikan di institusi-institusi pendidikan berikut :
* Madrasah Quran , Pak Ngah Haji Jusuh , Batu 4, Jalan Sanglang, Kodiang, Kedah
* Sekolah Kebangsaan Batu 6, Jalan Sanglang, Kodiang, Kedah
* Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara, Kodiang, Kedah
* Madrasah Nahdhah Wathaniyyah ( Pondok Hutan Palas), Kodiang, Kedah
* Madrasah Manabi'ul 'Ulum ( Pondok Penanti ) Penanti, Bukit Mertajam, P. Pinang
* Kulliyyah 'Arabiyyah Jamliyyah, Madras, India
* Darul-'Uloom, Deoband, India
* Darul-'Uloom Li Nadwatil-'Ulamak, Lucknow, India
* Universiti Lucknow, Lucknow, India
* Universiti Azhar, Qahirah, Mesir
* Universiti 'Ain Syam, Qahirah, Mesir
2. Ustazah Cik Nuur 'Ain Binti Yusoff
Pernah menerima pendidikan daripada institusi-institusi pendidikan berikut :
* Ma'hadul-Azhar ( Institut Tahfiz Al-Quran Dan Pengajian Islam )
Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang
* Sekolah Rendah Jenis Kebangsaa (Cina) Pei Yu , Kepala Batas, Pulau Pinang
* Darul-Azhar, Bandar Perda, Pulau Pinang
* Kulliyyah Abu An Nur, Damsyik, Syria
* Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irsyad, Tasek Gelugur, Pulau Pinang
* Universiti Azhar, Mansurah, Mesir
Pernah menjadi pensyarah di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak
3. En. Muhammad Kamal 'Areef Bin Yusoff
Pernah menerima pendidikan di institusi-institusi pendidikan berikut :
* Darul-Ma'arif, Sungai Petani
* Ma'had Tarbiyyah Islamiyyah, Derang, Kedah Darul Aman
* Ma'had al-Furqan, Damsyik, Syria
* Darul 'Ulum Zakaria, Johanisburg, Afrika Selatan
* Ma'had Mahmudiyyah, Spring, Jahanisburg, Afrika Selatan
* Darul-Azhar, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
* Ma'hadul-Azhar ( Institut Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam )

" MARILAH SAMA-SAMA KITA BERUSAHA GIGIH
MENUJU KECEMERLANGAN
DAN
KEUNGGULAN "
Isnin, 22 Mac 2010
Selasa, 26 Januari 2010
Isnin, 18 Januari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)