Isnin, 1 November 2010

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DAN MEMAHAMI AL-QURAN ADALAH SUATU KEPERLUAN - Al-Fadhil Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan

Masjid An-Nuur, W.P Labuan

" Masyarakat Islam Labuan, terutama pihak pengurusan masjid perlu memikir secara serius bagaimana melahirkan Para Huffaz Al-Quran dikalangan anak tempatan. Setiap ibu bapa pula mesti berhasrat agar sekurang-kurangnya  seorang dari anak kesayangan mereka dapat menghafaz 30 juzuk al-Quran. Saya sendiri amat bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan kepada saya seorang dari lapan anak saya dapat menghafaz keseluruhan al-Quran. "

Demikian tegas Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam (JAWI) Wilayah Persekutuan Labuan Al-Fadhil Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Saad semasa merasmikan penutupan Kursus Penghayatan Quran Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Dewan Kulliyyah Masjid An-Nur, W.P. Labuan semalam

Program dua hari - Sabtu & Ahad - itu menampilkan seorang tokoh hebat yang sukar ditandingan keilmuan dan penampilannya dalam mengembangkan Kefahaman Islam kepada masyarakat. Beliau ialah Dr. Mohd Ali Saripan Al-Hafiz. 

Dr. Mohd Ali Saripan yang telah mennjangkau usia 65 tahun masih kelihatan cergas dan bersemangat walaupun tidak dapat duduk ketika bersolat kerana baru melakukan suatu pembedahan dikedua-dua belah kakinya.  Beliau yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Australia dan New Zealand mempunyai firma sendiri yang dikenali sebagai " HASANAH DARAIN " beribu pejabat di Selangor Darul-Ihsan.

Dari ucapan panjang lebar Al-Fadhil Tuan Penolong Pengarah Kanan JAWI , W.P. Labuan ini menampak kesungguhan tinggi pihaknya untuk melihat kemunculan Gruduan Huffaz yang memahami kandungan al-Quran dalam masa terdekat ini.

Seterusnya beliau menambah bahawa pihak JAWI, W. P. Labuan katanya akan menyokong mana-mana pihak yang sudi  mengorak langkah menubuhkan kelas-kelas pengajian ke arah kemunculan pemuda pemudi muslim Labuan yang yang mahir dalam pengajian al-Quran, terutama sekali menghafaz dan memahami kandungannya serta menghayati pengajarannya. Pihak pengurusan masjidlah diharapkan untuk berperanan dalam merialisasikan impian ini.

Sebelum itu Ketua Penolong Pengarah Masjid JAWI W. P Labuan al-Fadhil Ustaz Karia Haji Rahmat yang menjadi urusetia Kursus Penghayatan Al-Quran ini juga melahirkan hasrat yang sama. 

Program ini memberi kesan keinsafan yang mendalam terhadap perserta. Rata-rata mereka berharap agar program ini diulangi lebih kerap dan dibuka kepada lebih banyak perserta.

Tahniah JAWI W. P. Labuan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan