Rabu, 24 November 2010

BERKUNJUNG KE BRUNEI DARUSSALAM

Pengarah Azharul-Ummah Ustaz Yusoff 'Uthman sekarang berada di Brunei Darussalam dalam kunjungannya selama tiga hari ke Negara tersebut. Beliau akan pulang ketanahair pada esok hari Khamis. Beliau diiringi oleh En. Ismail Abdul Rahim salah seorang tenaga pengajar di Azharul-Ummah, Cawangan W.P Labuan . Pemergiannya ke Brunei dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Muara, Brunei Darussalam

Antara tempat yang telah, sadang dan akan dikunjunginya ialah Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddin, Masjid 'Asri Sultan Hasanal Bulqiah, Ma'had Tahfiz Quran Sultan Hasanal Bulkiah, Unvuersiti Brunei Darussalam, Sekolah-sekolah Agama, Muzium Teknoligi Melayu, Muzium Brunei, Kampong Air, Perpustakaan, gedung-gedung perniagaan  dan lain-lain.

Ustaz Yusoff amat terharu dengan layanan baik Pegawai-Pegawai Kerajaan Brunei di semua sektor yang dilawatinya. Mereka  memberi kerjsama yang amat baik dan melayani semua pertanyaan yang diajukan. Mereka semua sudi bergambar bersama. 

Antara tujuan utama lawatan ini ialah mencari peluang-peluang kerjasama pendidikan antara Warga Brunei Dasussalam dengan Ma'hadul-Azhar ( Insititut Tahfiz Al-Quran Dan Pengajian Islam ) Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia dan Azharul-Ummah ( Hauzah Tahfiz Wa Tafhim al-Quran) yang berpusat di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia

Sambutan awal mereka tentang program pendidikan Ma'hadul-Azhar dan Azharul-Ummah amat menggalakkan

Rabu, 17 November 2010

MONYANG KU KHALILULLAH NABI IBRAHIM : KAMI MENGINGATIMU, KAMI IKUTI PENGAJARANMU


HARI INI DAN TIGA HARI BERIKUTNYA kami dalam lingkaran bilangan 1000 juta yang masih bernafas di seluruh persada dunia tampil mempamirkan kasih sayang kami kepadaMu wahai Monyang tercinta. Saban hari kami dengan penuh khusyu' dan syahdunya mengungkap namamu dibibir-bibir kami. Kami sebut namumu palaing kurang lima kali sehari. Ramai dikalangan kami menyebut namamu dengan bilangan yang lebih banyak.

Kami sebut namamu bukan dalam majlis sebarangan. Kami sebut namamu bukan dalam pesta hiburan melekakan. Kami sebut namu bukan mainan atau dalam alunan nasyid yang didendangkan. Wahai Monyang kami, kami sebut namamu yang indah ini dalam sholat kami. Kami sebut namamu ketika kami menyembah tuhanmu . Tuhan yang engkau dengan setulus hatimu mencariNya. Kami juga menerima TUHANMU sebagai TUHAN KAMI jua.

Kata-kata saktimu tetap utuh dalam ingatan kami. Kata-kata hebatmu yang disemadikan sendiri oleh tuhanmu dalam QuranNya. Quran yang ditatang penuh hormat oleh suruhan tuhanMu bertaraf Ketua Para Malaikat  untuk disampaikan kepada cucu teragungmu Rasul paling akhir buat seluruh 'alam Nabi Muhammad S.A.W.  untuk tatapan seluruh insan hingga qiamat. Ungkapan katamu wahai Monyang tercinta kami semadikan pula dalam lingkaran ingatan otak kami. Kami tatangnya dimana sahaja kami berada. Kami tatangnya dalam apa juga keadaan. Kami sanggup hadapi segala mehnah dan trbulasi kerananya. Katamu itu wahai Monyang kami adalah kata penentu kebahagian  kami.

Monyang Tercinta ... Demi katamu itulah kami lakukan Sholat ( solat = سلاة / sholat = صلاة ) . Demi katamu itulah namamu kami sebut dalam sholat kami. Tuhanmu menitahkah kami melalui cucumu Nabi Muhammad agar kami menyebut namumu dalam sholat kami.

Monyang Tercinta ... Ribuan tahu dulu engkau menyebutkan kata saktimu ini. Dengan katamu ini engkau dibakar. Dengan katamu ini juga kebakaran terhadapmu tidak menjadi. Dalam negara yang punyai pemerintah paling zalim dalam dalam tamadun dan peradaban dunia kamu laungkan katamu ini. Engkau laungkan sekuat suaramu. Engkau pancarkan laungan itu dari dasar hati muliamu yang cekal dan tabah. Dari hatimu yang telus dan ikhlas. 

Monyang tercinta ... Engkau kumandangkan alunan katamu itu menggegar dan menghancurkan semua singgahsana puaka. Engkau kucarkacir keselesaan pemerintah dan penguasa durjana dimasa sahaja mereka berada Engkau humbankan keperilakuan kurang ajar dan biadap mereka dalam tandas najis yang amat jijik.

Kata mu wahai Monyangku Khalilullah. Katamu wahai Monyang kami Habibullah .. Katamu yang merobah perjalanan tamadun dunia,  menguasai seluruh urat nadiku, menguasai seluruh urat nadi kami. 

Katamu yang menarik kami untuk mengembara melalui jalan susur galur pengembaraanmu sebenarnya membuat manusia puaka dan biadap lari lintang pukang. Kadang-kadang membuat mereka bertindak ganas seganas-ganas nya dimuka bumi. Mereka menerkam siapa sahaja yang berada di jebuhraya pengembaraan mengikut jalur garisan dan peta yang engkau telah lakarkan.Engkau tabah hadapi. Kami juga berusaha untuk tabah menghadapinya.

Katamu semasa hidupmu ribuan tahun lalu sunggah indah wahai Monyang kami. Katamu diulang sebut oleh tuhanmu dalam QuranNya yang mulia dalam bentuk  " Ayat Ajuk "  yang amat indah dan mempesonakan :

إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ
AKU MENGEMBARA MENCARI TUHANKU. 
TUHANKU TETAP MEMBERI PERTUNJUK KEPADAKU
 Wahai Monyang Tercinta..... Aku, Isteriku, Anak-anak Menantuku, Zuriat-zuriatku  di harap juga  para pelajar yang berada di payung bimbingan kamii - secara langsung atau tidak langsung - dihari-hari memperingati JIHAD AGUNGMU ini berjanji akan mengikuti jejak perjuangan dan jihadmu dengan ikhlas-seikhlas hati dan jiwaraga kami. 

Kami pohon TUHANMU memperkuatkan KAMI seperti TUHANMU MEMPERKUATKAN ENGAKAU DULU, WAHAI MONYANG KAMI .......

Hingga disini dulu wahai Monyang Tersayang  .... Akan aku lakarkan lagi kesyahduanku terhadapmu

Catatan Yusoff 'Uthman 

Rabu, 3 November 2010

TENAGA 'ILMUAN ISLAM AMAT DINANTIKAN - Al-Fadhil Ketua Penolong Mufti W.P. Labuan

W.P. Labuan .Selasa 25 Zulhijjah 1431 / 02 Nov. 2010

" Para 'Ilmuan Muslim, terutama sekali yang berlatar belakang Pengajian Islam yang berada di W.P Labuan perlu mengorak langkah bersama dan terancang ke arah menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan keIslaman kepada masyarakat setempat demi kebaikan bersama. " Perkara ini ditegaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Ismail, Ketua Penolong Mufti Wilayah Pesekutuan Labuan kepada Pengerusi Azharul-Ummah (Hauzah Tahfiz Wa Tafhim Al-Quran) Cawangan Labuan, Ustaz Yusoff 'Uthman dalam pertemuann rengkas dan mesra mereka di Jabatan Mufti W.P. Labuan semalam.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, terbayang dengan jelas kesungguhan Al-Fadhil dalam memantap dan mempergiatkan usaha-usaha  Da'wah Islamiyyah kepada semua gulungan sasaran. di Pulau Labuan ini. Al-Fadhil sendiri menghabiskan banyak masa diluar waktu rasmi untuk mengajar dan mendidik ummah. 

" Para 'Ilmuan Muslim dan Graduan Pengajian Islam marilah sama-sama kita menggembeling tenaga dan fikiran  dalam mengatur dan mengorak langkah ke arah membimbing ummah menuju keridhaan Allah melalui gerakan da'wah dan Pengajian Islam " Ulangnya berulangkali.



    Isnin, 1 November 2010

    PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DAN MEMAHAMI AL-QURAN ADALAH SUATU KEPERLUAN - Al-Fadhil Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan

    Masjid An-Nuur, W.P Labuan

    " Masyarakat Islam Labuan, terutama pihak pengurusan masjid perlu memikir secara serius bagaimana melahirkan Para Huffaz Al-Quran dikalangan anak tempatan. Setiap ibu bapa pula mesti berhasrat agar sekurang-kurangnya  seorang dari anak kesayangan mereka dapat menghafaz 30 juzuk al-Quran. Saya sendiri amat bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan kepada saya seorang dari lapan anak saya dapat menghafaz keseluruhan al-Quran. "

    Demikian tegas Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam (JAWI) Wilayah Persekutuan Labuan Al-Fadhil Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Saad semasa merasmikan penutupan Kursus Penghayatan Quran Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Dewan Kulliyyah Masjid An-Nur, W.P. Labuan semalam

    Program dua hari - Sabtu & Ahad - itu menampilkan seorang tokoh hebat yang sukar ditandingan keilmuan dan penampilannya dalam mengembangkan Kefahaman Islam kepada masyarakat. Beliau ialah Dr. Mohd Ali Saripan Al-Hafiz. 

    Dr. Mohd Ali Saripan yang telah mennjangkau usia 65 tahun masih kelihatan cergas dan bersemangat walaupun tidak dapat duduk ketika bersolat kerana baru melakukan suatu pembedahan dikedua-dua belah kakinya.  Beliau yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Australia dan New Zealand mempunyai firma sendiri yang dikenali sebagai " HASANAH DARAIN " beribu pejabat di Selangor Darul-Ihsan.

    Dari ucapan panjang lebar Al-Fadhil Tuan Penolong Pengarah Kanan JAWI , W.P. Labuan ini menampak kesungguhan tinggi pihaknya untuk melihat kemunculan Gruduan Huffaz yang memahami kandungan al-Quran dalam masa terdekat ini.

    Seterusnya beliau menambah bahawa pihak JAWI, W. P. Labuan katanya akan menyokong mana-mana pihak yang sudi  mengorak langkah menubuhkan kelas-kelas pengajian ke arah kemunculan pemuda pemudi muslim Labuan yang yang mahir dalam pengajian al-Quran, terutama sekali menghafaz dan memahami kandungannya serta menghayati pengajarannya. Pihak pengurusan masjidlah diharapkan untuk berperanan dalam merialisasikan impian ini.

    Sebelum itu Ketua Penolong Pengarah Masjid JAWI W. P Labuan al-Fadhil Ustaz Karia Haji Rahmat yang menjadi urusetia Kursus Penghayatan Al-Quran ini juga melahirkan hasrat yang sama. 

    Program ini memberi kesan keinsafan yang mendalam terhadap perserta. Rata-rata mereka berharap agar program ini diulangi lebih kerap dan dibuka kepada lebih banyak perserta.

    Tahniah JAWI W. P. Labuan