Sabtu, 1 September 2012

Kunjungan Bekas Pelajar Darul-Azhar Ke Ma'hadul-Azhar



Puan Azlizan, suami dan empat anak perempuan serta adiknya sekeluarga berkunjung ke Ma'hadul-Azhar pada tanggal 05 Syawal 1433 yang lalu.

Puan Azlizan adalah bekas pelajar Darul-Quran dan pernah menerima bantuan Zakat Selangor sebanyak RM4,500.00 setahun semasa belajar di Darul-Azhar, Pulau Pinang  sekitar awal sembilan puluhan dulu berjaya menyambung pelajaran ke Universiti ( Tahun Akhir ) hasil Kerjasama Pintar Darul-Azhar dengan Al-Ma'had al-'Aliy Liddrasatil-Islamiyyah Wal 'Arabiyyah (MADIWA) Masjid Tinggi , Perak.

Ustaz Yusoff 'Uthman dan Puan Fauziyyah Omar (Mak Njang Fauziyyah) selaku pengasas bersama Darul-Azhar amat berbesar hati dengan kunjungan yang tidak diduga ini.

Bekas-bekas Pelajar Darul-Azhar, Bandar Perda, Bukit Mertajam yang ingan menziarahi Ustaz Yusoff dan Puan Fauziyyah bolehlah datang ke 

MA'HADUL-AZHAR
( Sekolah Kefahaman Al-Quran Dan Al-Hadith ) 
Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, 
Semenanjung Tanah Melayu Malaysia
Tel :  013 8 1010 40


Tiada ulasan:

Catat Ulasan