Sabtu, 1 September 2012

Menziarah Kematian Ibu Mertua Bekas Pelajar Ma'hadul-Azhar

Mudir Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman dan isteri Puan Fauziyyah Omar dan Pelajar Ma'hadul-Azhar Cik Nurul-Husna menziarahi ibu mertua bekas pelajar Ma'hadul-Azhar Puan 'Azima Binti Abu Hassan yang kembali ke Rahmatul-Lah pada Selasa ( 29/8 ) lepas.

Sembahyang Jenazah diimamkan oleh Yang Berhormat Ustaz Hashim Jasin Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Perlis dan kembumikan di Perquburan Islam Kampong Rama, Sanglang, Perlis.

Dua hari sebelumnya Ustaz Yusoff dan Puan Fauziyyah menziarahi kematian En Ramli Kasa di Batu 4, Jalan Sanglang, Kodiang, Kedah. Diman keluarga sebelah isteri al-Marhum terlibat memberi sumbangan kepada Ustaz Yusoff semasa awal pengajiannya.

Didoakan agar al-Marhum dan al-Marhumah ini mendapat tempat yang indah di sisi Allah... Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan