Sabtu, 1 September 2012

MELAWAT MA'HAD AS-SHOLIHAH

Khamis 29 Ogos 2012

Mudir dan juga Pengerusi Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman dan Isteri Puan Fauziyyah Omar di iringi oleh Pelajar Ma'hadul-Azhar Cik Nurul-Husna meluangkan masa menziarahi Ma'had As-Sholihah, Kuala Kangkong, Kedah Darul Aman.

Sekolah yang di asaskan oleh Ustaz Fauzi ini amat pesat berkembang maju. Apa yang mengkagumkan  ialah sekolah yang berorientasikan Hafazhan Al-Quran ini dikendalikan oleh Ustaz Fauzi suami isteri dan dibantu  sepenuhnya oleh anak-anak mereka sendiri.

Tenaga utama pengajian diterajui oleh anak sulung mereka Ustazah Cik Nur Syahidah yang berkelulusan dari salah sebuah pusat pengajian tinggi di Indonesia.

 " Sebahagian pendekatan pengajian dan pembelajaran ma'had ini kami ikut cara Ma'hadul-Azhar " Jelas Ustazah Cik Nur Syahidah yang pernah belajar di Ma'hadul-Azhar suatu ketika dulu.

Ustaz Yusoff 'Uthman dan Puan Fauziyyah amat bangga dan terharu dengan kehebatan dan ketrampilan bekas pelajar yang pernah menerima asuhan dan didikan Ma'hadul-Azhar .

Ustaz Yusoff dan Puan Fauziyyah berharap dan berdoa agar Allah memperjuduhkan Cik Nur Syahidah dengan jejaka sholeh, berilmu dan berketrampilan yang mampu turut serta memacu institusi pendikan hebat ini menuju kecemerlangan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan