Khamis, 15 Mac 2012

Pertemuan Dengan Al-Fadhil Tuan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang

Kepala Batas , Pulau Piang  14 March 2012 / 21 Rabi'ul-Akhir 1433

Pengerusi Jemaah Pengurusan Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman berkunjung ke Pejabat Agama Islam Daerah Kepala Batas Pulau Pinang untuk menyerah senarai Ahli Jemaah Pengurusan Ma'hadul-Azhar 2012 - 2013untuk mendapat perkenan dan kelulusan pihak Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Islam Pulau Pinang

Turut serta dalam kunjungan ini Setiausaha yang juga Pengetua Ma'hadul-Azhar Ustazah Nuur 'Ain Yusoff 'Uthman, Bendahari Puan Fauziyyah 'Umar serta seorang kakitangan ma'had Cik Nuur 'Izzati.

Pertemuan singkat rombongan Ma'hadul-Azhar dengan Tuan Pegawai Tadbir Agama Islam Pejabat Agama Iskam Daerah Kepala Batas al-Fadhil Ustaz Anuar Ismail  sungguh bererti dan memberi kesan positif terhadap perkembangan dan masa depan ma'had.

Selain menyatakan sokongan penuhnya terhadap Ma'hadul-Azhar al-Fadhil Ustaz Anuar juga memberitahu bahawa ada banyak dana yang boleh disalurkan kepada Ma'hadul-Azhar jika semua urusan selesai.

Pihak Ma'hadul-Azhar amat teharu  dan gembira atas persetujuan Tuan Pegawai Tadbir Agama Islam Pejabat Agama Islam Daerah Kepala Batas al-Fadhil Ustaz Anuar Ismail berkunjung ke Ma'hadul-Azhar.

Insya Allah suatu majlis khas mera'ikan kunjungan bersejarah ini akan diatur, jelas Tuan Pengerusi Jemaah Pengurusan Ma'hadul-Azhar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan