Jumaat, 16 Mac 2012

Ma'hadul-Azhar, Kepala Batas, Pulau Pinang  23 Rabi'ul-Akhir 1433

Sumbangan Zakat Dari PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ma'hadul-Azhar ( Institut Tahfiz Dan Kefahaman al-Quran & Pengajian Islam) menerima sumbangan daripada penerbit buku-buku berunsur Islam yang terkenal pada masa ini PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebanyak RM1000.00 ( seribu ringgit) melalui Akaun Semasa Ma'hadul Azhar ( 07016010024644 ) di Bank Islam Malaysia Berhad  (BIMB).

Pengerusi Jemaah Pengurusan Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman dan  Ahli Jawatankuasanya serta seluruh Warga Ma'hadul-Azhar mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tuan Pemilik PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. dan seluruh Ahli Lembaga Pengarah dan Kakitangannya atas sumbamgan  yang amat bermakna bagi kami semua ini. Jazakumullah Khairan Kathira

Ustaz Yusoff memberitahu bahawa buku Kamus Al-Quran terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd diangkat menjadi salah sebuah Buku Teks untuk pelajar-pelajar Ma'hadul-Azhar bagitu buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solot digunakan untuk kursus solat bagi seluruh lapisan masyarakat.

Dalam perbualan telifon dengan Puan Nawal Binti Abdullah pegawai di PTS beliau memberitahu bahawa Ma'hadul-Azhar ( Institut Tahfiz Dan Kefahaman al-Quran & Pengajian Islam) Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang ini diperkenalkan kepada pihak pengurusan PTS oleh Saudara Rohidzir Rais yang pernah berkhidmat dengan PTS dan juga merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan