Menjelang tibanya waktu Maghrib Hari Khamis 21 Rabi'ul-Awwal 1433 bersamaan 24 Februari 2012 seorang Srikandi Unggul dengan tenangnya menghembuskan nafas terakhirnya untuk menemui tuhannya yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
Srikandi Unggul yang banyak menabur jasa kepada anak bangsa. Srikandi yang menghabiskan usia emasnya bersama Program Tahfiz dan Kefahaman Al-Quran serta Pengajian Islam dan Bahasa 'Arab.
Srikandi tabah ini tetap setia bersama Ma'hadul-Azhar ( Institut Tahfiz al-Quran Dan Pengajian Islam) Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang sejak penubuhannya sehingga beliau pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Srikandi yang hebat ini tidak lain dan tidak bukan ialah Hajjah Shofiyyah Binti Said Bin 'Ali Bin Mat Isa atau Hajjah Shofiyyah Binti Zainab Binti Lebai Hasan.
Srikandi hebat ini sempat mendiami dunia ini selama lebih kurang 90 tahun.
Riwayat hidupnya akan dipaparkan kemudian, Insya Allah
Ustaz Yusoff 'Uthman dan isteri Fauziyyah Binti Omar mewakili kakaknya Syaerah ( Fatimah) dan suaminya Abu Hassan, kakaknya Radhiyyah, adiknya Shihabuddin dan isterinya Hannah, dan kakak iparnya Noriah serta keluarga masing-masing mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan penyelenggaraan jenazah ibunda mereka Hajjah Shofiyyah Said.
Jazakumullah Khairan Kathira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan