Puan Radhiyyah 'Uthman salah seorang penggerak kecemerlangan Ma'hadul-Azhar sejak mula penubuhannya telah kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin lepas. Jenazahnya dikembumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampong Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang bersebelahan pusara suaminya Salleh Bin Saad dan adiknya Ahmad Bin 'Uthman.
Jenazah disembahyang oleh ramai jemputan termasuk bekas-bekas pelajar Ma'hadul-Azhar dan keluarga masing-masing serta masyarakat setempat.
Al-Marhumah Radhiyyah 'Uthman yang juga kakak kandung Ustaz Yusoff , pengasas dan mudir Ma'hadul-Azhar amat terhutang budi dan menghargai jasa-jasa besar yang ditaburkan oleh al-marhumah semasa hayatnya terutama sekali di tahun-tahun awal penubuhan Ma'hadul-Azhar.
Al-Marhumah dan keluarganya sudi memasak dan menjaga kanak-kanak yang baru mula belajar di Ma'hadul-Azhar serta menjaga mereka sepanjang siang dan malam. Bersabar menghadapi segala tingkah laku dan tindak tanduk anak-anak pelajar yang berbagai ragam ini.
Pelajar-pelajar yang pernah dijaga oleh al-marhumah ini kebanyakannya sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing bagitu juga berjaya dalam pengajian hingga ke peringkat Ph.D
Ustaz Yusoff mewakili Ma'hadul-Azhar dan keluarga al-Marhumah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat mengurus dan menyembahyang jenazah al-Marhumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan