Ahad, 11 Mac 2012

Merai Majlis Perkahwinan Penyokong Ma'hadul-Azhar di Majlis Perkahwinan

Pengerusi Jema'ah Pengurusan Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman dan isteri Puan Fauziyyah Omar yang juga AJK Jema'ah Pengerusan Ma'hadul-Azhar meluangkan masa berkunjung ke Guar Cempedak, Yan, Kedah bertemu Tuan Haji Ismail yang datang dari Langgar, Kelantan kerana upacara perkahwinan anaknya dengan gadis dari Guar Cempedak.

Majlis 'aqad nikah diadakan didalam Masjid Al-Wustha, Bandar Guar Cempedak.

Tuan Haji Ismail adalah penulis tetap dalam majlah Pengasuh suatu masa dulu dan mahir dalam sejarah dan tamadun Islam Malaysia.

Tuan Haji Ismail banyak membantu Ma'hadul-Azhar disegi keewangan dan buku-buku rujukan dan amat rajin dan gigih mempromosikan Ma'hadul-Azhar dan program pengajiannya kepada para dermawan.

Diharap perkahwinan anak beliau ini diberkati Allah sepanjang hayat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan