Jumaat, 17 Jun 2011

15 Rejab 1432

Menjana Tamadun Dunia Berpaksikan Kefahaman Al-Quran 


Pertama sekali ketika Allah menurunkan al-Quran kepada Baginda Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibrail di Gua Hirak , Allah terus perintahkan Nabi Muhammad untuk membacanya.. Nabi kita berbangsa ‘Arab, Quran dalam Bahasa ‘Arab, maknanya yang dikatakan baca di sini ialah baca dan faham. Kalau tidak faham bagaimana  Nabi akan bergerak dalam dakwah seperti dikehendaki Allah melalui QuranNya. Bagimana Nabi mampu mentadbir negara Islam pertama dalam dunia sedangkan sebelum dilantik menjadi rasul dan sebelum diwahyukan al-Quran kepadanya baginda seorang ummi.  Bagaimana mungkin dalam masa yang singkat Islam dapat menyinari rahmatnya hingga ¾ dunia. Dengan Quran sebagai teks pengajian dan Nabi Muhammad sebagai juru bimbing inilah maka lahirnya manusia berusia sekitar 18 tahun mampu mengepalai angkatan perang yang besar masa itu. Usamah Bin Zaid Perwira Terbilang yang lahir dari pengajian yang buku teksnya al-Quran.  Begitu juga Muhammad Al-Fatih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan