KONSEP
PADUAN KASIH
BAKAL MELAKARKAN KEMUNCULAN
PEMUDA PEMUDI MAMPAN
Quran adalah Karya Allah. Disimpan kukuh di Lauh Mahfuz. Ketua Malaikat membawa kandungannya sedikit demi sedikit untuk dipersembahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W manusia paling agung di dunia selama 22 tahun bermula pada malam 17 Ramadhan 1442 tahun yang lalu.
Perintah tegas Allah “ إقــرأ“ Bacalah ….
إقرأ بسم ربك الذي خلق ، خلق الإنسان من علق ، إقرأ وربك الأكرم الدي علم بالقلم ، علم الإنسان ما لم يعلم - سورة العلق
“Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang mencipta. Dia mencipta manusia dari seketul darah. Bacalah dengan nama Tahun kamu yang Mulia, Tuhan yang mengajar dengan qalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu “
Berpaksikan kepada Buku Teks Ilahiy yang dipelajari sekumpulan pelajar kental selama 22 tahun inilah berlakunya perubahan besar kepada tamadun dan peradaban manusia. Susun atur kehidupan manusia menjadi tertib dan terpimpin dalam semua sektor. Manusia dipandu dan dipimpin menuju kehidupan selesa di dunia dan selepas mati.
Kita sering kali menuding jari kepada pihak luar yang kononnya para agamawan mereka menyembunyi berita sebenar dari Injil dan Taurat, atau mereka mengubah suai kandungan kitab itu mengikut selera masing-masing tetapi diketika yang sama sedarkah kita, kita juga bertidak seiring dengan mereka tanpa disedari , kita juga menyembunyikan kandungan kitab Quran kita dari pengetahuan anak-anak kita, kita biarkan keadaan ini berterusan hingga umur mereka menjangkau keseparuh abad atau lebih. Kita hanya memadai dengan kebolehan mereka membaca teks tanpa memahami pengertiannya.
Al-Marhum Iman Ghazali dengan tegas menyatakan bahawa “ Perkara utama dan pertama mesti diajar kepada kanak-kanak ialah al-Quran – membaca, memahami dan menghafaz – selepat itu barulah dikemukakan kepada mereka ilmu-ilmu lain yang berfaedah.
Al-Marhum Al-Imam Al-Akbar As-Syeikh ‘Abdul Halim Mahmod, bekas Rektor Universiti Azhar sering kali mengeluh tentang kurangnya manusia zaman ini mengkaji dan memahami keseluruhan al-Quran. Seeloknya biarlah setiap muslim dapat mengkaji dan memahami keseluruhan al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidupnya”.
Sekarang Ma’hadul-Azhar yang ditubuhkan sejak 23 tahun ( 1408 / 1988 ) lalu mengambil inisiatif dan tanggung jawab menawarkan pengajian ke arah memahami keseluruhan kandungannya selain dari pengajian Hadith Nabawiy dan ‘Ulum Syar’iyyah yang lain. Pengajian memahami keseluruhan al-Quran ini adalah program yang julung-julung kali diperkenalkan di Malaysia.
Kejayaan program pengajian unggul ini adalah berpaksi kepada 4 tonggak utama.
1. Ibu bapa yang rela membenarkan dan menggalakan anak kesayangan mereka belajar
2. Anak-anak bijak dan pintar yang sanggup belajar
3. Para pendidik berwibawa yang sanggup berkorban membimbang anak bangsa
4. Para dermawan ikhlas dan prihatin yang sanggup menghulurkan sumbangan
Gandingan dan jalinan kerjasama utuh yang berpaksi kepada perintah Allah وتـعـاونـوا عـلـى الـبـر والـتقـوى (bergandinganlah kalian untuk kebajikan dan ketaqwaan ) inilah insya Allah akan melakarkan sejarah hebat - dalam masa terdekat ini - sekumpulan anak muda dapat memahami keseluruhan Kalam Allah Rabbul-Jalil. Kelahiran pemuda pemudi mampan ini adalah hasil sentuhan kita bersama . Hasil jelmaan Paduan Kasih kita. Insya Allah
No. Akaun Semasa Ma’hadul-Azhar di Bank Muamalat : 0701-0001554-71-1
No. Akaun Semasa Ma’hadul-Azhar di BIMB : 07016010024844
Tiada ulasan:
Catat Ulasan