CATATAN RINGKAS PENCAPAIAN
MA'HADUL-AZHAR
(Institut Tahfiz Al-Quran Dan Pengajian Islam)
1988 - 2011
Pencapaian Ma’hadul-Azhar dan pelajarnya yang dapat dicatatkan di sini antara lain ialah :
1. Ma'hadul-Azhar adalah Ma’had Tahfiz al-Quran pertama di Pulau Pinang (1408 / 1988)
2. Menjadi perserta Ujian Tahfiz al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang tiga tahun berturut-turut
tanpa disertai oleh perserta lain ( di awal tahun sembilan puluhan)
3. Mewakili Pulau Pinang tiga tahun berturut-turut dalam Ujian Tahfiz al-Quran Peringkat
Kebangsaan ( di awal sembilan puluhan )
4. Pelajarnya yang berusia 13 tahun diundang menjadi Qari Jemputan dalam Ujian Tilawah Al-
Quran Peringkat Kebangsaan yang di adakan di Pulau Pinang pada tahun 1992.
5. Diundang pelajarnya menjadi Imam Taraweh di Masjid Negeri Pulau Pinang, salah seorang dari
mereka berusia 15 tahun ( semasa Tun Hamdan Syeikh Tahir menjadi Yang Di Pertua Negeri)
6. 70 dari 200 pelajarnya ( termasuk pelajar institusi kembarnya Darul-Azhar) berjaya ke Universiti
Azhar dan lain-lain pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara. 27 sudah mendapat Sarjana,
Seorang Ph.D dan ada yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Ph.D
7. Dua pelajarnya menjadi pelajar termuda diterima memasuki Universiti Azhar, Mesir. Usianya
14 tahun ketika itu selain dari rakan-rakannya yang lain berusia 15, 16, 17 tahun ke atas ( mereka
mengambil Peperiksaan SPM selepas mendapat ijazah pertama)
8. Ada pelajarnya mendapat pangkat MUMTAZ peringkat Sarjana Muda di Universiti Azhar, Mesir
manakala yang lainnya di sekitar Jayyid Jiddan dan Jaiyyid.
9. Menjadi pilihan pelajar yang pulang dari luar negara atas sebab-sebab tertentu untuk
menyambung pelajaran
10. Mengembangkan sayapnya ke Sarawak pada tahun 2006 atas nama Nujabak Al-Azhar As-
Sholihun.
11. Kerjaya lepasan Ma’hadul-Azhar yang terserlah antara lain ialah, menjadi penulis dan
penterjemah buku, pensyarah universiti dan pusat pengajian tinggi, menjadi imam masjid,
membuka pusat pengajian, mengusaha syarikat pelancongan, menjadi shef dihotel terkemuka, membuka bengkel dan perusahaan bermotor, menjadi pemandu teksi, peniaga selain dari menjadi guru Pendidikan Islam, Bahasa ‘Arab& J-Qaf di sekolah-sekolah kerajaan .. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan