Isnin, 20 Jun 2011

 Yuran Pendaftaran dan Bulanan

Sebaik sahaja disiarkan maklumat mengenai Program Pengajian anjuran Ma'hadul-Azhar dalam HARAKAH keluaran 20.06.2011, bertalu-talu panggilan tel. diterima daripada berbagai lapisan masyarakat untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Keprihatinan masyarakat untuk belajar memahami al-Quran amat ketara sekali. Demikian ditegaskan oleh  Mudir Ma'hadul-Azhar Ustaz Yusoff 'Uthman. Kebanyakan soalan pemanggil adalah mengenai kosep pengajian dan yuran.

Ustaz Yusoff menjelaskan bahawa yuran pengajian yang dipanggil sebagai Infaq Iltizamiy  إنفاق التزامي  hanya RM50.00 sebulan, manakala yuran pendaftaran kemasukan yang di panggil Infaq Intimaiy إنفاق إنتمائي  RM300.00 sahaja

Asrama di sediakan bagi yang memerlukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan