Konsep Paduan Kasih Menjana Keunggulan Ummah
Ma’hadul-Azhar memperkenalkan konsep Paduan Kasih yang terjelma dari arahan Allah
“ وتعاونوا على البر والتقوى “ Hendaklah kalian kamu saling bantu-membantu ke arah kebaikan dan ketaqwaan “ .
Demi melahirkan tokoh unggul yang menjadi impian bersama kita, maka Ma’hadul-Azhar berusaha memenuhi saranan Imam Syafie Rahimahumullah dalam pendidikan sebagai garis panduaanya. Antaranya ialah pelajar pintar, minat dalam bidang pengajian yang diceburi, memiliki kesabaran yang tinggi, mempunyai pembiayaan mencukupi, ditujuk pandu oleh guru bijak dan berkarisma dan masa belajar yang panjang.
Disinalah Ma’hadul-Azhar cuba mengeratkan Paduan Kasih antara pelajar yang sanggup berkorban tenaga dan keselesaan, ibu bapa pelajar yang kurang berkemampuan disegi kewangan tetapi sanggup mengizinkan anak pintarnya untuk mendalami pengajian berteraskan Quran yang masa depannya tidak jaminan untuk hidup mewah, guru dan pembimbing yang menumpahkan sepenuh tenaganya bersama pelajar demi membesar dan menyuburkan benih-benih semaian Sibghah Quraniyyah ( acuan quraniy ) yang bakal menyinari dan menunjuk pandu generasi demi menuju bahagia hakiki dan para penyumbang dan penderma ( termasuk pembayar zakat dan fidyah) yang memiliki sedikit limpahan kurnia Allah dalam harta dan kekayaan tetapi tidak berpeluang mengikuti program pengajian seperti ini dan mereka juga tidak mahu ketinggalan dalam pelaburan demi menjana kehidupan bahagia di akhirat .
Gabungan dan paduan kasih yang berpaksi kepada firman Allah inilah yang telah menghasilkan pencapaian seperti yang dinikmati oleh anak bangsa kita melalui Ma’hadul-Azhar. Bayangkan, masakan anak bangsa kita dapat menjejak kaki ke Universiti Azhar semuda 14 tahun tanpa paduan kasih ini dan tanpa mengikuti garis panduan Imam Besar kita Imam Syafie yang mempunyai limpahan ilmu pengetahuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan