MA’HADUL-AZHAR
MENAWARKAN PENGAJIAN
MEMAHAMI KESELURUHAN AL-QURAN
UNTUK KANAK-KANAK, REMAJA DAN DEWASA
MA’HADUL-AZHAR (Institut Tahfiz dan Tafhim al-Quran & Pengajian Islam) Pokok Sena , 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang menawarkan pengajian ke arah memahami keseluruhan al-Quran, selain menghafaz surah-surah dan topik pilihan serta kemahiran dalam ‘Ulum Syar’iyyah dan Bahasa ‘Arab.
Pengajian terbahagi kepada dua kategori, sepenuh masa dan separuh masa.
Tawaran pengajian ini terbuka kepada kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas, remaja dan dewasa (lelaki & perempuan) yang berakhlak mulia dan mempunyai minat yang tinggi untuk memahami Kalam Allah. Asrama disediakan bagi yang memerlukannya.
Mengikut Mudir Ma’hadul-Azhar Ustaz Yusoff ‘Uthman yang juga pengasasnya, yuran pengajian yang dikenali sebagai ‘Infaq ltizam (sumbangan komitmen) sebanyak RM50.00 sebulan hanya dikenakan kepada yang berkemampuan sahaja manakala yang kurang berkemampuan terpulang kepada keikhlasan dan kemampuan masing-masing .
Bila ditanya kenapa yuran pengajian ini sama seperti yuran pengajian diawal penubuhan Ma’hadul-Azhar 23 tahun dulu ( 1408 / 1988) Ustaz Yusoff menjelaskan bahawa polisi Ma’hadul-Azhar ialah “Biar semua berpeluang belajar, biar semua berpeluang memahami al-Quran dan biar semua berpeluang menyumbang , berderma dan berinfaq “ .
Ustaz Yusoff mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat - secara langsung atau tidak langsung - mendokong dan menyokong program pendidikan Ma’hadul-Azhar sejak penubuhannya dan diharapkan agar sokongan dan dokongan hebat ini berterusan. Ma’hadul-Azhar juga amat berbangga dan bersyukur dengan kehebatan dan keterampilan bekas-bekas pelajarnya atau peserta kursus yang pernah menerima bimbingannya dalam semua bidang kerjaya dan dakwah.
“ Sebenarnya belajar memahami al-Quran adalah suatu pengalaman indah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, maklumlah al-Quran itu Karya Agung Maha Pencipta sendiri yang seolah-olah menarik kuat pembaca, penghafaz dan pengkajinya untuk berusaha mendiami syurga yang disediakanNya. Anak-anak muda dan remaja jauh lebih pantas dapat menguasai kandungan al-Quran sekiranya diberi peluang berbuat demikian.
Imam Ghazali dan lain-lain tokoh pejuang dan ilmuan Islam menyarankan agar anak-anak hendaklah difahamkan mereka dengan al-Quran terlebih dahulu kemudiannya barulah disusuli dengan ilmu-ilmu lain. Almarhum Syeikh Abdul Halim Mahmood, bekas Rektor Universiti Azhar, Mesir selalu mengeluh “Kita bangga membaca buku-buku karya manusia tetapi tidak pernah dalam hidup kebanyakan kita untuk mengkaji walaupun sekali khatam Karya Agung Tuhan kita dalam QuranNya “. Demikian penegasan Ustaz Yusoff mengakhiri bicaranya.
Saya dan rakan-rakan yang pernah menerima asuhan langsung dari Ma’hadul-Azhar amat gembira andaikata peluang pendidikan yang pernah kami lalui dulu dinikmati pula oleh permata hati kita hari ini.
Bagi yang tidak mahu ketinggalan dalam program unggul ini, dan yang ingin agar Al-Quran mendidik permata hatinya bolehlah hubungi Ustaz Yusoff ‘Uthman di talian 013 8 1010 40 , Faks 04 3515062 atau layari laman sesawang : http://azhar-ummah.blogspot.com atau Facebook : Ma’hadul Azhar . Pendaftaran dibuka sepanjang masa.
Bagi Muslimin muslimat prihatin yang ingin turut serta bersama Ma’hadul-Azhar dalam usaha melahirkan anak bangsa yang membesar mengikut acuan Quraniy bolehlah salurkan sumbangan mereka sendiri atau bagi pihak al-marhum / al-marhumah ibu bapa mereka tercinta melalui Akaun Semasa Ma’hadul-Azhar seperti berikut : Di Bank Muamalat : 0701-0001554-71-1 / Di Bank Bank Islam : 07016010024844
Tiada ulasan:
Catat Ulasan