Isnin, 20 Jun 2011

Pengasas Ma'hadul-Azhar

Dalam temu bual saya dengan pasangan suami isteri, Ustaz Yusoff ‘Uthman dan Puan Fauziyyah Omar, persoalan ini ditimbulkan. Menarik mengenai pasangan ini, ialah mereka bersama mengasaskan sebuah sekolah agama yang dinamakan Ma’hadul-Azhar, Institut Tahfiz dan Memahami al-Quran & Pengajian Islam. Ustaz Yusoff mempunyai kelulusan agama Islam dari pelbagai institusi terkenal di dalam dan di luar negara seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Ain Sham, Mesir, Universiti Darul-Uloom, Deoband, India, Universiti Lucknow,India,  Darul-Uloom Linadwatil ‘Ulama’,India,  Madrasah Arabiah Karachi, Pakistan, dan Jamaliah Arabic College Madras, India  selain Pondok Penanti Pulau Pinang dan Pondok Keplu Kodiang, Kedah. Menurut Ustaz Yusoff, berdasarkan pengalaman belajar di institusi-institusi hebat bersama dengan guru-guru yang mursyid inilah, beliau bertekad mengasaskan Ma’hadul-Azhar pada tahun 1408 / 1988 ( 23 tahun berlalu )semata-mata bagi memberikan pendidikan bermutu kepada anak bangsa. 


- Ustaz Rohidzir Rais , Penulis dan Penterjemah Buku & Penceramah Program TV " Tanyalah Ustaz "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan