Perlaksanaan Sistem Pengajian
Kefahaman dan Hafazan Al-Quran
Ma'hadul-Azhar
Program pengajian memahami keseluruhan al-Quran dan menghafaznya berdasarkan topik dan surah-surah pilihan serta kemahiran ‘ulum syar’iyyah ini mula diperkenalkan bagi sesi pengajian yang bermula Mei 2011. ( pendaftaran pelajar masih terbuka sebab Ma’hadul-Azhar mengamalkan polisi “ Sesiapa pun boleh belajar … Bila-bila masa pun boleh mendaftar “ )
Belajar memahami keseluruhan al-Quran dan menghafaznya berdasarkan topik dan surah-surah tertentu yang dilaksanakan di Ma’hadul-Azhar boleh dibahagikan kepada tiga bahagian . Ketiga-tiga bahagian ini berjalan serentak
1. Saringan ayat berdasarkan topik
2. Surah-surah pilihan
3. Ayat demi ayat dari juzuk pertama hingga juzuk 30
1. Saringan Ayat Berdasarkan Topik
Cara pelaksanaannya adalah berdasarkan urutan berikut :
1. Menentukan Topik atau surah yang hendak dipelajari
2. Membetul dan memperelokan bacaan ayat yang dipelajari
3 . Memahami dan mengingati makna perkataan bagi ayat yang dipelajari berpandukan
Kitab Syamai al-Quran
4. . Memahami kehendak dan maksud ayat berpandukan Tafsir ‘Abrul-Athir, Tafsir Azhar
dan lain- lain
5 . Menghafaz ayat topik yang dipelajari
6 . Memperdengarkan hafazan ayat kepada guru pembimbing secara berterusan mengikut
sistem hafazan Quran
8. Memperdengarkan terjemahan makna ayat kepada guru pembimbing secara berterusan
seperti sistem hafazan Quran
9.. Menerangkan tafsiran ayat yang dikaji di hadapan khalayak ( rakan-rakan dan jemputan
khas )
10. Memasuki ujian bertulis bagi setiap topik yang dipelajari
11. Menganugerahkan Sijil Khas kepada yang berjaya.
Sebagai contohnya, dipilih topik mengenai ayat-ayat yang bermula dengan Ya aiyuhallazin aamanu .. ( Wahai orang-orang beriman … ) … Ayat ini ada 88 semuanya atau ayat mengenai perangai Yahudi atau ayat mengenai munafiq atau ayat mengenai hukum hakam, pelajar dikehendaki melalui proses seperti di atas. Bagitulah dilakukan kepada topik-topik dan surah-surah pilihan yang lain.
Cara saringan ayat berdasarkan topik adalah suatu pendekatan pengajaran yang amat berkesan dan menarik minat pelajar. Dalam istilah sekarang dipanggil “ tafsir maudhu’i“. Sistem ini menjadikan pelajar berasa al-Quran mewakili Allah menunjuk ajar dan memandunya dalam kehidupan seharian dan terus menegur andaikata dia tersilap langkah.
Penyusunan ayat berdasarkan tajuk ini pada mulanya dibuat oleh dua orientalis berbangsa Perancis John Labun dan Edward Monteh lebih satu kurun yang lalu ketika keduanya berada di Mesir. Ustaz Yusoff Uthman amat tertarik dengan pengajian al-Quran berbentuk ini sejak beliau menjadi pelajar universiti Azhar 30 tahun dulu. Orang bukan Islam bersusah payah mengkaji, memahami dan menyaring ayat-ayat al-Quran dengan baik kenapa kita sebagai orang Islam mengabaikannya. Lantaran inilah barangkali As-Syeikh Muhammad ‘Abduh meminta Al-Ustaz Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi menterjemahkan topik-topik saringan itu ke Bahasa ‘Arab. Sekarang sudah banyak tafsir dalam bentuk ini dihasilkan oleh ‘ulamak-‘ulamak Muslim sendiri.
Syamail Al-Quran ( Miracle The Reference ) terbitan Sygma Publishing, Indonesia di mana Ma’hadul-Azhar menjadikannya sebagai Kitab Teks Utama sebagai contoh meklasifikasikan Ayat-Ayat Al-Quran kepada 15 topik utama dan ratusan sab topik yang lain , ia itu :
1. Sekitar Arkanul-Islam
2. Iman
3. Al-Quran
4. Ilmu dan Cabang-Cabangnya
5. ‘Amal
6. Dakwah kepada Allah
7. Jihad
8. Manusia dan Hubungan Kemasyarakatan
9. Akhlak
10. Peraturan yang Berhubungan dengan Harta
11. Hal-Hal yang Berkaitan dengan Hukum
12. Negara dan Masyarakat
13. Pertanian dan Perdagangan
14. Sejarah dan Kisah-Kisah
15. Agama-Agama
2. Surah Pilihan
Surah Pilihan ialah para pelajar dikehendaki mengingati makna setiap perkataan, memahami maksud ayat dan menghafaz keseluruhannya surah pilihan ini.
Antara surah wajib hafaz ialah keseluruhan surah dalam Juzuk 30 dan 8 surah yang ditetapkan untuk difahami dan dihafaz oleh pelajar sekolah menengah kebangsaan agama dan kelas aliran agama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bidang Ko Kurikulum. Surah-surah itu ialah :
1. As-Sajdah
2. Yasin
3. Al-Waqi’ah
4. As-Shaf
5. Al-Jum’ah
6. Al-Mulk
7. Nuh
8. Al-Insan
3. Keseluruhan Ayat
Memahami keseluruhan ayat adalah memahami berdasarkan ayat demi ayat dari permulaan al-Quran hingga ke akhirnya. Tidak diwajibkan menghafaznya, walau pun begitu kita Ma’hadul-Azhar tidak menghalang pelajar yang ingin menghafaz 30 juzuk sekiranya berkemampuan.
Kemahiran Sokongan
Selain dari memahami dan menghafaz al-Quran beberapa kemahiran ilmu teras lain juga diberi perhatian seperti hadith, feqah, qaedah feqah, ‘Usuluddin dan Bahasa ‘Arab. Manakala Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin adalah subjek pilihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan